
Ini bukan kali pertama, dan mungkin sikap sebegini harus diambil kira sebelum mana-mana pihak terlibat membuat jualan murah.
Terbaru, butik minyak wangi terkemuka, Victoria Secret melangsungkan jualan murah.
Rakaman sebuah video dipercayai di pusat beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah menunjukkan pelanggan berkelakuan seperti kena rasuk kerana berpusu-pusu mahu masuk ke dalam butik yang ditutup menggunakan pintu kaca.
Menurut perkongsian komen dalam laman Facebook Viral Media Johor, pelanggan sanggup tolak menolak dan merebut sesama mereka untuk masuk ke dalam dan membeli produkpada harga semurah RM29.
Dalam sebuah perkongsian lain, pelanggan menyatakan produk Body Mist dan Body Lotion Victoria Secret dijual pada harga promosi RM29 (Harga Biasa:RM79) bermula 31/3/18 hingga 01/4/18 (2 hari) sahaja.
Jom tonton video jualan murah Victoria Secret yang buat orang ramai histeria.
https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/videos/pcb.1870137586353066/1870137399686418/?type=3&theater
https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/videos/pcb.1870137586353066/1870137476353077/?type=3&theater