Parodi Avengers buatan Malaysia capai 1.7 juta tontonan

Parodi Avengers buatan Malaysia capai 1.7 juta tontonan

Aiman bersama rakannya hasilkan video parodi mengetengah setiap babak filem Marvel, Infinity War dengan sumber terhad yang kelihatan kelakar namun menepati gimik filem itu.

Kita sudah banyak menonton video parodi termasuk yang meniru gaya percakapan selebriti Instagram, King Coco, gadis cendol, pelat Inggeris pelakon wanita muda, aksi pelakon membaca menggunakan pelat Inggeris-Amerika, parodi lagu”I Am Me” Datuk Vida dan banyak lagi.

Tetapi ada parodi yang dihasilkan secara kreatif membabitkan usaha benar-benar perlu diberi pujian.

Sebuah video parodi oleh pengguna Twitter, Aiman Sany@awesomerawks, kini sedang viral dengan lebih 1.7 juta tontonan dengan 53,000 retweet setakat ini.

Aiman bersama rakannya menghasilkan video parodi mengetengah setiap babak filem Marvel, Infinity War menggunakan sumber terhad, kelihatan kelakar namun menepati gimik filem itu.

Menarik lagi, video parodi tersebut juga berjaya menarik perhatian penerbit dan gandingan pengarah tersohor Hollywood, Russo Brothers yang turut retweet video tersbeut.

“Anda genius. Adakah anda bersedia menerbitkan Avengers 5?” petik Twitter Russo Brothers.

Russo Brothers terdiri daripada adik-beradik Anthony Russo dan Joseph V “Joe” Russo yang mengarah filem Captain America: The Winter Soldier dan Civil War oleh Marvel serta Avengers: Infinity War.

Nampaknya, ini baru parodi benar-benar memberi impak bukan sekadar menarik perhatian sesama netizen tempatan menerusi lawak jijik tetapi usaha kreativiti lain daripada lain.

https://twitter.com/awesomerawks/status/975157041130979328

https://twitter.com/Russo_Brothers/status/975468442131210240

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.