Adegan wanita Islam tanggal tudung sentuh hati netizen

Adegan wanita Islam tanggal tudung sentuh hati netizen

Pembikin filem Amerika-Islam, Zawahry percaya adegan seperti itu akan menjadi titik perubahan dalam industri filem dan pendidikan.

Adegan-wanita-Islam-tanggal-tudung-sentuh-hati-netizen
fmt-ohsem-inside-article1Aksi seorang doktor pelatih wanita menanggalkan tudung dalam siri drama perubatan, Grey’s Anatomy baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa penonton yang memuji dan menyanjung idea adegan tersebut.

Siri drama Amerika, Grey’s Anatomy antara drama yang memperkenalkan watak wanita Islam bertudung, Dr Dahlia Qadri, yang menarik perhatian positif penonton.

Menambah nilai kepada imej itu, pengarah drama itu, Shonda Rhimes merancang watak Qadri membuka tudung dan mendedahkan kepalanya dalam episod ke-13, musim ke-14 drama yang mengutamakan elemen menyelamatkan nyawa itu.

Qadri menanggalkan tudungnya dalam situasi kecemasan untuk menghentikan pendarahan di kaki seorang pesakit dalam usaha menyelamatkan nyawanya.

“Satu adegan sudah cukup untuk memberi mesej yang penuh mendalam dan bermakna. Terima kasih kepada pengarahnya, Shonda Rhimes,” tulis netizen.

Antara yang berterima kasih ialah pembikin filem Islam-Amerika, Iman Zawahry.

Menurut Zawahry, adegan seperti ini akan menjadi titik perubahan dalam industri filem dan pendidikan.

“Dua tahun lalu, apabila memperkenalkan konsep ‘Islam, Media dan Budaya Pop’, saya tidak dapat mencari satu contoh positif pengimejan Islam di televisyen, lebih lagi yang bertudung,” tulisnya.

“Ini adalah sesuatu yang ingin saya usahakan sebagai pembikin filem wanita Islam sejak beberapa tahun,” katanya.

Muatnaik tersebut menerima lebih 20,000 ‘likes’ dan 6,000 perkongsian setakat ini.

Adegan ini menunjukkan seorang kanak-kanak yang cedera dengan sebatang keluli tercucuk di bahagian pahanya dibawa ke hospital. Dr Owen Hunt bertanya kepada Dr Qadri mengenai pilihan rawatan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak itu sementara membawanya masuk ke dalam bilik pengimejan.

Pada saat Dr Hunt meninggalkan kanak-kanak itu dan Dr Qadri, kanak-kanak tersebut bangkit dan mencabut keluli menyebabkan pendarahan teruk.

Di saat inilah, Dr Qadri yang dilakonkan oleh Sophia Taylor Ali menunjukkan aksi ‘heroic’ dengan segera menanggalkan tudung dan membalut kaki kanak-kanak untuk menahan pendarahan.

Dr Hunt tampil dan bertanya sebab dia menanggalkan tudung dan balasnya,:

“Ia simbol kepercayaan saya. Dan kepercayaan saya adalah tentang perkhidmatan dan belas kasihan.”

Hanya 2 ayat, beberapa perkataan, dialog tersebut dikatakan mengubah stereotaip mengenai Islam dan kepercayaannya.

“Dialog yang kecil dan mudah serta watak ini menunjukkan kemanusiaan, persefahaman dan kesatuan dalam komuniti,” tulis Zawahry.

Selain Zawahry, netizen tidak ketinggalan berterima kasih dan terus menghargai konsep dipaparkan untuk menunjukkan imej Islam sebenar.

save-with-hijab-twitter-gd-1
save-with-hijab-twitter-gd-2

https://www.youtube.com/watch?time_continue=47&v=Xf4DU6_1EDI

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.