

Namun, itu bukan hal sebenar. Sebaliknya, francais Patricia Williams mendedahkan ia sengaja diubah bagi menyambut sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac.
Jurucakap McDonald’s Lauren Altmin memberitahu portal CNBC, tanda dagang emas “M” akan ditukar kepada “W” untuk meraikan wanita di seluruh dunia, khususnya di McDonalds.
“Kami mempunyai sejarah panjang tanda sokongan kami kepada wanita di tempat kerja, peluang untuk mereka berkembang dan berjaya,” kata Altmin.
“Di AS kami berbangga dengan diversiti kami dan ingin berkongsi berita baik, iaitu 6 daripada 10 pengurus di restoran ini wanita,” tambahnya.
Logo yang ditukar itu digunakan di semua saluran media sosial syarikat tersebut dan 100 restoran akan dibekalkan dengan pek pembungkusan, baju krew dan topi dan beg khas.
“Buat pertama kalinya dalam sejarah jenama kami, kami sedia mengubah kedudukan gerbang ikonik demi Hari Wanita Antarabangsa, demi menghormati prestasi luar biasa wanita di mana-mana dan terutama di restoran kami,” kata Ketua Pegawai Diversiti McDonald, Wendy Lewis dalam satu kenyataan.
“Dari krew restoran dan pengurusan kepada kepimpinan kanan, wanita memainkan peranan yang tidak ternilai di semua peringkat, bersama-sama dengan pemilik francais yang komited.”
Menurut laporan, McDonald’s bukan syarikat pertama yang tampil mengubah logo mereka sebagai sebahagian daripada usaha pemasaran pada Mac.

Tisu kertas Brawny misalnya menggunakan imej wanita pada pembungkusannya sebagai sebahagian daripada kempen #StrengthHasNoGender.
Jenama alkohol wiski, Johnnie Walker pula mengeluarkan produk dengan label “Jane Walker” edisi terhad sepanjang Mac. Bagi setiap botol “Jane Walker” yang dijual, Johnnie Walker mendermakan AS$1 kepada organisasi yang menyokong wanita, sehingga jumlah mencapai AS$250,000.
Menurut laman web rasmi Wanita Hari Antarabangsa, 8 Mac, sambutan tersebut adalah hari global bagi meraikan pencapaian sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik wanita.