iPhone terkunci 47 tahun selepas jadi bahan mainan anak

iPhone terkunci 47 tahun selepas jadi bahan mainan anak

Wanita dapati iPhone miliknya dinyahaktif untuk tempoh 25 juta minit kerana anaknya berulang kali menyentuh angka laluan salah.

iphone_phone
iPhone atau mana-mana telefon pintar mempunyai sistem kunci automatik yang ambil tempoh tertentu untuk dibuka semula jika kata laluan salah ditekan beberapa kali. (Gambar South China Morning Post)
fmt-ohsem-inside-article1Seorang kanak-kanak lelaki secara berulang kali memasukkan angka laluan salah pada telefon pintar iPhone menyebabkan ia terkunci untuk 47 tahun.

Ya, 47 tahun lamanya dan apa agaknya reaksi ibu yang pada awalnya membenarkan anak berusia 2 tahun itu menonton video pendidikan dalam telefon tersebut sehinggalah tersedar, ia terkunci dan untuk sekian lama.

Menurut laporan akhbar tempatan di Shanghai, dalam kejadian pada Januari lalu, ibu berkenaan mendapati iPhone miliknya dinyahaktifkan untuk tempoh 25 juta minit dipercayai ekoran tindakan anaknya berulang kali menyentuh angka laluan yang salah secara tidak sengaja.

Lazimnya, telefon pintar akan mengambil sedikit masa dibuka selepas 3 percubaan salah mencuba angka laluan.

Apabila cuba diperbaiki, juruteknik di kedai Apple memberi 2 pilihan, sama ada menunggu 47 tahun membuka semula kunci atau mengatur semula perisian yang mana akan menyebabkan kehilangan semua data semasa.

“Kejadian telefon terkunci memang berlaku, dan sepanjang pengalaman saya, ada kes di mana ia terkunci untuk masa 80 tahun lamanya. Dalam kes wanita ini, satu-satunya cara menggunakan kembali iPhone beliau adalah memadamkan semua data dan mengatur semula perisian,” kata juruteknik tersebut, Wei Chunlong.

Wanita itu dilapor mengambil masa 2 bulan mengharapkan telefon pintar itu kembali pulih dan selepas mendapati tiada perubahan dia membawanya ke kedai Apple untuk bantuan.

“Saya tidak boleh tunggu untuk 47 tahun dan beritahu cucu saya, semuanya salah bapa mereka,” ujar wanita itu kepada akhbar tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.