Wanita keringkan ‘seluar kecil’ dalam pesawat

Wanita keringkan ‘seluar kecil’ dalam pesawat

Rakaman 20 minit itu menunjukkan wanita itu tanpa rasa malu atau segan memegang seluar dalam berwarna putih dan mengeringkannya sambil duduk.

keringkan-seluar-dalam

fmt-ohsem-inside-article1Lagi berita orang buat hal dalam penerbangan tetapi kali ini tidaklah serius mana, cuma menyebabkan penumpang lain kebingungan.

Dalam kejadian terbaharu, seorang wanita dalam penerbangan Ural Airlines menuju ke Moscow, Russia di lihat sedang mengeringkan seluar dalamnya di penyaman udara di atas tempat duduknya.

Rakaman wanita itu viral namun tidak dapat dipastikan jika seluar dalam itu miliknya atau kanak-kanak kerana tidak dapat dikesan kelibat budak kecil di dalam video tersebut.

Rakaman 20 minit itu menunjukkan wanita terbabit tanpa rasa malu atau segan memegang seluar dalam berwarna putih dan mengeringkannya sambil duduk, lapor Daily Mail.

Yang pasti, semua penumpang lain tergamam tetapi cuba tidak mengendahkan perbuatan itu.

Sebelum ini, penerbangan Transavia Airlines dari Dubai ke Amsterdam terpaksa dilencongan untuk membuat pendaratan cemas apabila seorang penumpang enggan berhenti membuang angin.

https://www.youtube.com/watch?v=4eJL6p1-YCo

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.