Pelanggan terkejut dihidang sushi siput hidup tetapi sedap

Pelanggan terkejut dihidang sushi siput hidup tetapi sedap

Pelanggan itu muat naik status menyatakan makanan itu antara yang sushi terbaik pernah dinikmatinya.

sushi-siput
Rakaman video cebisan siput yang bertindak balas pada sepit menarik perhatian netizen. (Gambar Twitter)
fmt-ohsem-inside-article1

Siapa suka makan sushi? Mereka yang tidak berminat pada makanan Jepun ini lazimnya kerana ia masih mentah atau mungkin ia masih hidup.

Hidup?

Ya, benarlah jika anda menyangka makanan sushi boleh hidup semula atau tidak dimatikan sepenuhnya kerana itu yang berlaku kepada seorang pelanggan apabila makanannya kembali hidup di atas pinggan.

Di sebuah restoran sushi terkenal di Jepun, Sushiro, makanan sushi hokkigai (siput) yang ditempah pelanggan dirakam masih hidup apabila ia didapati bergerak-gerak di atas pinggan.

Rakaman itu dikongsi pengguna Twitter ‘shoumizo3446’ yang terkejut dengan penemuan tidak disangka itu walaupun dia sememangnya menempah Iki Hokkigai iaitu makanan laut menggunakan nasi yang dibungkus dengan isi siput yang masih hidup.

Pada awalnya siput itu dilihat bergerak kemudian beraksi dengan bertindak balas pada sepit pelanggan yang bakal menikmatinya.

Pelanggan itu akui ia bermakna makanan yang dihidangkan itu segar dan bukan sumber laut lama atau beku.

Bagaimanapun ramai netizen menyifatkan gerakan siput itu bukan petanda ia masih hidup atau segar sebaliknya reaksi urat yang tidak dialihkan secara betul ketika penyediaan menyebabkan tindak balas tersebut.

Manakala, ada yang mengulas tindak balas urat itu juga membuktikan ia masih segar dan hidup.

Tidak kisah dengan “perbalahan mulut” di antara 2 perspektif netizen, pelanggan itu muat naik status menyatakan makanan itu antara yang sushi terbaik pernah dinikmatinya.

Video tersebut ditonton lebih 4.1 juta kali di Twitter.

https://www.youtube.com/watch?v=qPnDb8KcHak

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.