Iklan ‘pan masala’ India bawa masalah pada Pierce Brosnan

Iklan ‘pan masala’ India bawa masalah pada Pierce Brosnan

India melarang pengiklanan mana-mana produk yang berkaitan atau mengandungi tembakau.

Pierce Brosnan akui hanya menerima tawaran berlakon dan dirinya dimanipulasi syarikat produk pan masala, Pan Bahar.
Pierce Brosnan akui hanya menerima tawaran berlakon dan dirinya dimanipulasi syarikat produk pan masala, Pan Bahar.
fmt-ohsem-inside-article1Pelakon Hollywood yang terkenal menerusi filem James Bond, Pierce Brosnan kini dalam masalah selepas berlakon dalam iklan produk ‘pan masala’ di India.

Pan masala ialah bahan kunyah yang terdiri daripada campuran rempah India yang terdiri daripada sirih, pinang, jintan, buah pelaga, gambir, pewarna, serta perasa pudina berbentuk butiran kecil.

Pierce Brosnan diancam dengan hukuman penjara 2 tahun selepas berlakon dalam iklan penyegar mulut yang dikhuatiri mengandungi bahan ketagih seperti tembakau kunyah.

Walaupun produk yang dipromosi oleh Brosnan dalam iklan itu tidak mengandungi tembakau tetapi oleh kerana produk pan masala secara amnya mengandungi tembakau maka ia disifatkan sebagai bertentangan dengan undang-undang India.

India melarang pengiklanan mana-mana produk yang berkaitan atau mengandungi tembakau.

Pada Isnin lepas, pihat penguatkuasa undang-undang meminta pelakon itu menjelaskan sebab dia mengambil keputusan untuk berlakon dalam kempen iklan produk pan masala yang ternyata menyalahi undang-udang.

Brosnan menjadi wajah utama untuk kempen itu bagaimanapun segera ditarik balik selepas menerima kecaman pengguna.

Menurut The Guardian, Brosnan tidak sedar mengenai larangan dan sensitiviti membabitkan produk itu sangat kesal serta terkejut kerana dirinya digunakan untuk melariskan produk yang membahayakan itu.

Pelakon itu diarah menghantar surat tunjuk sebab dengan penjelasan, sekiranya gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Jika Brosnan tidak kembali kepada kami dalam masa 10 hari tarikh notis, pelakon itu boleh dikenakan denda sehingga 5,000 rupee (RM300) atau 2 tahun penjara.

Pelakon siri “007” dikatakan percaya hanya mempromosi produk penyegar mulut atau pemutih gigi yang terdiri daripada bahan semula jadi, tanpa tembakau mahupun pinang atau apa sahaja bahan membahayakan yang lain.

“Saya kesal kerana dimanipulasi oleh syarikat Pan Bahar dalam kempen iklan ini,” kata Brosnan yang bagaimanapun enggan memberi sebarang komen lanjutan kepada Fox News berkenaan isu ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.