
Sejauh mana bangunan, misalnya rumah yang diperbuat menggunakan kayu relevan dengan kehidupan semasa?Mungkin terlalu banyak perkara yang menjadi cabaran, antaranya ketahanan kayu, kaedah pembinaan dan lebih penting serangan anai-anai.
Tetapi sebuah syarikat di Jepun mungkin ada cara terbaik bagi menanggani semua ini apabila tampil dengan cadangan membina bangunan pencakar langit menggunakan kayu di tengah-tengah kota bandar raya Tokyo.
Bangunan pencakar langit kayu yang tertinggi dunia itu itu dijangka siap menjelang 2041 bagi menyambut ulangtahun ke-350 negara matahari terbit itu.
Syarikat tersebut, Sumitomo Forestry berkata 10% daripada 70 tingkat bangunan W350 itu akan menggunakan besi dan sekitar 180,000 kubik meter kayu tempatan untuk pembinaan yang memuatkan 8,000 unit kediaman, pokok dan juntaian dedaun di balkoni setiap tingkat.
Struktur tiub bersambung, pendakap kawalan getaran pepenjuru diagonal di tengah-tengah lajur kayu dan keluli 350m (1,150 kaki) dijangka akan melindungi bangunan ini daripada gempa bumi kadar biasa.
Syarikat itu meramal kos sekitar 600 bilion yen (RM21.87 bilion), kira-kira 2 kali ganda kos pencakar langit konvensional dengan saiz yang sama bagi bangunan pencakar kayu W350 itu.
Sumitomo bagaimanapun percaya kos tersebut akan dapat dikurangkan sebelum bangunan tersebut disiapkan ekoran bantuan teknologi.
Buat masa ini, bangunan flat pelajar 53 meter tinggi di Vancouver merupakan bangunanan pencakar langit kayu tertinggi di dunia, lapor Guardian.
Menara W350 akan menempatkan unit pejabat, kedai, hotel dan rumah.