Aksesori gem cetus inspirasi bisnes suri rumah

Aksesori gem cetus inspirasi bisnes suri rumah

Ranjita menerusi Vipra Collection mula menguasai perniagaan aksesori batu gem demi menyokong kewangan keluarga sambil melunaskan tanggungjawabnya.

Ranjita menimba pelbagai ilmu mengenai batu gem dan pembuatan aksesori serta sedia berkongsi ilmu itu kepada mereka yang berminat.
Ranjita menimba pelbagai ilmu mengenai batu gem dan pembuatan aksesori serta sedia berkongsi ilmu itu kepada mereka yang berminat.
fmt-ohsem-inside-article1Dalam memenuhi keperluan kewangan, sebuah keluarga terpaksa menjana 2 hingga 3 pendapatan.

Perkara sama menghantui ibu muda bernama S Ranjita yang baru pulang dari New Zealand setelah 7 tahun tinggal dan membina keluarga di sana.

“Saya pulang demi menjaga ibu yang sakit dan ambil keputusan menjadi suri rumah. Tetapi sukar bagi saya untuk duduk diam, saya merancang untuk berniaga,” ujar Ranjitha, 37.

Pada lawatan ke India 2 tahun lalu, Ranjita berpeluang membeli dan membawa pulang beberapa aksesori atau perhiasan wanita dan berjaya menjual habis kepada rakan-rakan serta saudara mara.

“Ia menjadi titik tolak berjinak dalam perniagaan produk aksesori dalam talian. Kerana mahu meneruskan momentum niaga itu dan memandangkan sudah menerima keyakinan orang, saya pilih untuk terus menjual aksesori.

gambar-3
Ranjita menghabiskan masa kurang daripada 4 jam setiap hari pada hari minggu bagi menyiapkan aksesori batu gem ini.

“Tetapi bukan aksesori siap atau sekadar bahan hiasan semata-mata, sebaliknya saya mahu buat sendiri dan menggunakan bahan mempunyai kelebihan unik.

“Maka, saya pilih aksesori batu gem,” ujar Ranjita yang mula mengorak langkah dalam perniagaan ini tahun lalu.

Menggunakan nama Vipra Collection di Facebook dan Instagram, Ranjitha menjadi salah satu daripada berpuluh penjual aksesori berasaskan batu gem bagi kedua-dua jantina lelaki dan perempuan.

Batu gem dan tenaga positif

“Saya ingin mengambil pendirian umum di sini. Kebanyakan batu gem berasal dari tanah iaitu alam semulajadi. Saya percaya apa sahaja bahan dari tanah mempunyai ‘tenaga positif’ memberi manfaat kepada diri. Tak kira apa pun jenis batu atau tahap grednya, ia tetap memberi impak,” ujarnya sambil memasukkan batu blue sand stone ke dalam dawai rantai.

Pengetahuan mengenai batu gem didalaminya selepas menceburi bidang ini. Ranjita yang berkelulusan dalam jurusan pembangunan manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil pusingan baharu apabila mendekatkan diri dalam ilmu batu gem.

gambar-8
Bagi aksesorinya nampak lebih menawan dan sesuai dengan kehendak pelanggan Ranjita turut menggunakan jemeki emas dan perak di antara batu gem.

“Batu-batu ini datang dalam pelbagai gred. Saya pilih gred murah supaya aksesori itu mampu dibeli. Apa sekali pun gred tersebut, ia tetap mendukung tenaganya tersendiri.”

Ditanya mengenai penggunaan batu gem bergred baik, Ranjita berkata selain harga mahal, proses mendapatkan pengiktirafan agak rumit kerana harus didatangkan dengan sijil pengesahan. Semua itu juga akan melonjakkan lagi harga batu dan aksesori.

gambar-7

Batu gem yang biasa dipakai Ranjita berselang dengan jemeki berwarna perak atau emas yang dibeli dari pengedar di India ialah batu agate,onyx, moon stone, amazonite, tiger eye, blue sand dan sebagainya.

Batu tersebut diperoleh dari pembekal tempatan mahupun luar negara seperti India.

gambar-5

Berbekalkan pengetahuan dan kreativiti sendiri, lazimnya diilhamkan daripada pertunjukkan fesyen, filem dan artis, Ranjita memilih reka bentuk setiap rekaan kecuali yang disyorkan pelanggan sendiri.

Lebih masa keluarga, sambil jana pendapatan

Ranjita ditanya jika jumlah masa diluang dan pendapatan yang dijana menerusi perniagaan aksesori ini berbaloi. Jawapannya, sudah tentu ya!

Masa terluang bersama keluarga pastinya menjadi keutamaan, daripada menyiapkan anak ke sekolah, memasak, menjaga hal ehwal domestik rumah tangga, masa berbaki terluang digunakan untuk bisnes.

“Pada mulanya perniagaan ini menjana sekitar RM1,000 tetapi sebaik ia mula ‘pick-up’, pendapatan saya naik berganda. Sekarang saya sudah ada pendapatan kekal ‘selamat’ untuk digunakan bagi keperluan harian keluarga,” katanya yang menjual produknya dalam sekitar harga RM50 hingga RM120.

Urusan anak lelaki sulung berusia 11 tahun juga terjaga selain ibu yang sakit kini bertambah baik dari segi kesihatan.

Ranjita merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka laman web khas untuk Vipra Collections. Dia juga secara aktif mengambil bahagian dalam bazar hujung minggu serta forum perniagaan.

“Saya bersedia memberi tunjuk ajar kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sama atau belajar membuat aksesori. Ini kerana saya tahu ramai ibu di luar sana bercita-cita menjadi suri rumah sambil menjana pendapatan,” ujarnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.