Pembuat roti di Perancis mahu baguette dilindungi Unesco

Pembuat roti di Perancis mahu baguette dilindungi Unesco

Pembuat baguette tradisional berkata ia bukan sekadar nama atau bentuk roti tersebut tetapi resipi dan cara pembuatannya juga harus dilindungi.

baguette-france
fmt-ohsem-inside-article1Pembuat roti baguette tradisional dari Perancis mahu makanan tersebut disenarai dalam makanan dilindugi Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Seruan itu juga disokong Presidennya, Emmanuel Macron supaya ia diiktiraf sebagai antara khazanah budaya dunia.

“Ia menjadi makanan dicemburui seluruh dunia. Ia patut disenaraikan dalam mengekalkan tradisi pembuatan dan mengiktiraf pembuat tradisionalnya,” katanya pada satu temuramah dengan stesen radio tempatan di Paris seperti dipetik BBC.

Ia dilakukan ekoran kejayaan piza Naples dari Itali yang berjaya dimasukkan ke senarai makanan dilindungi daripada globalisasi oleh Unesco tahun lalu.

Menurut pembuat baguette tradisional, ia bukan sekadar nama atau bentuk roti tersebut tetapi resipi dan cara pembuatannya juga harus dijaga.

Manakala, Presiden Konfederasi Kebangsaan Patisseries Perancis, Dominique Anract berkata cara pembuatan baguette secara komersial di pasar raya dan bakeri tertentu menjadikannya tidak selesa.

“Roti tersebut dibekukan, sesetangahnya dari Romania atau mana sahaja dan tidak dibuat mengikut seni sepatutnya,” katanya.

Roti baguette tradisional sudahpun dilindungi bawah undang-undang 1993 di Perancis dan bagi menepati kriteria pembuatan, ia hanya dibuat menggunakan 4 bahan, tepung gandum, air, yis dan garam.

Tegasnya, ia tidak boleh menggunakan bahan pengawet mahupun dibekukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.