Kanak-kanak pelarian Syria dapat keahlian gim

Kanak-kanak pelarian Syria dapat keahlian gim

Muhammet Halit merupakan pelarian Syria yang bekerja sebagai penggilap kasut di Adiyaman dilihat menggalas peralatan mencuci kasut dan berselipar.

halit
fmt-ohsem-inside-article1Gambar seorang kanak-kanak lelaki berdiri di luar premis gimnasium di sebuah bandar di Turki sambil memerhati aktiviti di dalamnya viral sehingga dia diterima masuk sebagai ahli seumur hidup pusat kecergasan itu.

Menurut laporan Daily Mail, kanak-kanak berusia 12 tahun itu, Muhammet Halit merupakan pelarian warga Syria yang bekerja sebagai penggilap kasut di Adiyaman dilihat menggalas peralatan mencuci kasut dan berselipar.

Ekoran itu, pemilik gimnasium tersebut, Engin Dogan mengambil keputusan untuk mencari Halit dan menawarkannya keahlian seumur hidup.

halit1
“Kami mahu mencari budak itu untuk memberi keahlian percuma seumur hidup dan kami berjaya mengesannya.

“Dia ahli gimnasium kami sekarang,” katanya.

Halit merupakan salah seorang kanak-kanak yang melarikan diri daripada peperangan di Syria.

Dia ternyata terkejut dan teruja mendapat tahu berita baik tersebut dari pihak media.

“Saya memang berhasrat untuk mengurangkan berat badan dan kini percaya boleh melakukannya dengan bantuan pemilik gimnasium,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.