Perkahwinan sama jantina pertama di Australia

Perkahwinan sama jantina pertama di Australia

Pasangan sejenis membabitkan atlet Sukan Komanwel Australia, Craig Burns dan suaminya Luke Sullivan, juga seorang atlet.

First-Legal-Same-Sex-Weddin
fmt-ohsem-inside-article1Australia pada Selasa menyaksikan berlangsungnya perkahwinan sejenis secara sah yang membabitkan pasangan atlet, selepas tempoh menunggu selama 30 hari berakhir, lapor agensi berita Xinhua.

Pasangan sejenis membabitkan atlet Sukan Komanwel Australia, Craig Burns dan suaminya Luke Sullivan, juga seorang atlet berkahwin dalam satu majlis tengah malam tadi.

Parlimen Australia menjalankan pengundian secara besar-besaran untuk mengesahkan perkahwinan sejenis pada bulan Disember, berikutan hasil tinjauan mendapati 61.6% daripada 12.7 juta orang bersetuju perkahwinan itu dibenarkan.

Bagaimanapun, pasangan sejenis yang ingin berkahwin perlu menunggu selama sebulan sebelum dibenarkan berkahwin kerana undang-undang Australia memerlukan 30 hari notis.

Turut berkahwin pada hari sama, pasangan Ron van Houwelingen dengan Antony McManus yang telah bersama hampir 30 tahun dan sebelum ini pasangan itu telah melangsungkan 16 majlis perkahwinan tidak rasmi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.