Terapi pemutihan alat sulit boleh bawa kesan negatif

Terapi pemutihan alat sulit boleh bawa kesan negatif

Dalam tempoh hanya sebulan, kira-kira 100 lelaki mengunjungi hospital Lelux di Bangkok untuk mendapatkan masa depan 'lebih cerah' bagi alat sulit mereka.

Penis-whitening
fmt-ohsem-inside-article1Akhir-akhir ini, terapi pemutihan alat kelamin semakin popular di Thailand.

Dalam tempoh hanya sebulan, kira-kira 100 lelaki mengunjungi hospital Lelux di Bangkok untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah bagi alat sulit mereka.

Menurut laporan BBC, trend pemutihan ini bukan sahaja dilakukan di Thailand malah dilakukan lebih awal di negara seperti Hong Kong, Kemboja dan Myanmar.

Memetik laporan portal sains, LiveScience pada Jumat lalu, Pengurus Pemasaran Lelux, Popol Tansakul mengakui prosedur tersebut menggunakan laser sama dengan rawatan pemutihan kulit yang lain untuk memecahkan melanindalam sel kulit.

Manakala pengurus jabatan penjagaan kulit dan laser Lelux, Bunthita Wattanasiri pula memberi jaminan pihaknya amat berhati-hati dalam menjalankan terapi tersebut kerana ia melibatkan organ utama lelaki.

“Kami menggunakan laser kecil bagi rawatan ini,” katanya.

Portal yang terkenal dengan laporan kesihatan, Mayo Clinic, menyatakan terapi rawatan pemutihan ini dijalankan dengan memecahkan melanosit atau sel yang menghasilkan pigmen kulit melanin tanpa merosakkan permukaan kulit.

Biasanya, terapi ini digunakan bagi masalah kehitaman di kawasan hitam tertentu.

Bagaimanapun, Mayo Clinic juga tidak menafikan kesan negatif terapi pemutihan kulit menggunakan laser selain elemen sensitiviti terhadap matahari.

Petiknya, terapi ini juga boleh menyebabkan warna kulit tidak sekata.

Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Thailand, Dr Thongchai Keeratihuttayakorn juga khuatir jika rawatan terapi pemutihan pada kawasan sulit seperti kelamin boleh membawa kesan tidak baik.

Dalam kenyataan akhbar dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam Thailand, Dr Thongchai menyenarai risiko terapi pemutihan kulit pada alat kelamin termasuk kerengsaan, alergi dan bengkak.

Menurut statistik, kebanyakan pelanggan yang membuat terapi rawatan itu terdiri daripada pelanggan lelaki dalam lingkungan usia 22 hingga 55 tahun, kebanyakannya dari komuniti LGBT.

Khidmat pemutihan itu menelan belanja £480 (RM2600) untuk 5 sesi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.