

Noorul Mahjabeen Hassan dikatakan seorang yang berkecenderungan seksual terhadap objek atau dikenali sebagai “objectum sexual” mendakwa menemui ”cinta sejati” pada permainan tersebut.
Noorul yang mahu dikenali sebagai Fractal Tetris Huracan, 20, berkata dia menghabiskan masa 12 jam sehari bersama permainan terbabit dan jatuh cinta dengannya.
Bagaimanapun ini bukan cinta pertama Noorul memandangkan dia pernah jatuh cinta dengan sebuah kalkulator yang dinamakannya sebagai Pierre De Fermat, sempena nama seorang ahli matematik.
Ketika itu Noorul yang berusia hanya 16 tahun turut membawa kalkulator sebagai pasangan ke majlis prom sekolahnya.
“Saya belajar kursus statistik lanjutan di sekolah tinggi dan saya dapati kalkulator itu sangat seksi sehingga menarik perhatian saya.
“Saya mendesak ibu membelikannya dan jatuh hati dengan Pierre. Saya mempunyai hubungan yang sangat kuat kepada matematik dan geometri. Saya namakan diri saya sebagai Fractal kerana terlalu obses dengan subjek itu,” katanya petik Daily Mail.
Walaupun tarikannya itu mengundang komen negatif, namun Noorul percaya ia tidak membawa apa-apa masalah kepada dirinyanya.
“Saya tidak mencederakan sesiapa. Jadi apa masalahnya? Ahli keluarga saya merasakan ia pelik tetapi ramai di media sosial yang menyokong saya. Selepas kehilangan Pierre, saya jatuh hati dengan Tetris. Ketika bersama Pierre saya memang tidak merancang untuk membawa perhubungan kami ke peringkat seterusnya tetapi kini saya matang dan sedar apa yang saya lakukan,” katanya berkenaan keputusan berkahwin itu.
“Object sexuality” atau objektofilia ialah sejenis seksualiti yang memberi keutamaan kepada hubungan dengan sesuatu barangan.
Individu tersebut akan menunjukkan perasaan cinta, kasih sayang dan komitmen yang tinggi terhadap objek atau barangan tertentu. Bagi mereka, hubungan sesama manusia tidak lagi mengujakan.