The Rock kongsi ‘cinta’ kepada penonton Jumanji Malaysia

The Rock kongsi ‘cinta’ kepada penonton Jumanji Malaysia

The Rock berkata Malaysia istimewa di hatinya sejak memulakan karier dalam bidang sukan gusti.

the-rock
fmt-ohsem-inside-article1Dwayne “The Rock” Johnson memetik nama dan menyampaikan rasa cintanya kepada rakyat Malaysia menerusi gambar Instagram kerana menyambut baik filem Jumanji terbaru lakonannya.

Dalam muatnaik video pada 2 Januari itu, “The Rock” berkata dia amat menghargai sokongan penonton Malaysia yang menjadikan Jumanji: Welcome To The Jungle di kedudukan nombor satu.

“Ini adalah minggu ke-2 filem Jumanji: Welcome To The Jungle dimainkan di pawagam di Malaysia dan ia berjaya disenaraikan sebagai filem ke-3 terlaris di sini.

“Malaysia, istimewa di hati saya, sejak saya memulakan karier dalam bidang sukan gusti. Antara kenangan manis saya ingati sehingga ke hari ini adalah bertarung darah dan peluh semasa hadir perlawanan di Kuala Lumpur.

“Saya tidak akan lupakan saat bertarung di hadapan anda penuh bersemangat.
Saya sangat berterima kasih dan teruskan berhibur dengan Jumanji: Welcome To The Jungle,” kata The Rock.

Video ini segera menarik perhatian peminatnya dari Malaysia dan The Rock terus dihujani pelbagai ucapan serta permintaan.

Ada netizen yang mengajak The Rock untuk sekali lagi melawat Malaysia dan ada juga yang menawarkannya belanja makan petai.

Selain Malaysia, The Rock turut memuat naik video penghargaan kepada penonton Indonesi, Jerman, Australia, New Zeland, Mexico, Great Britain dan Perancis.

Setakat 1 Januari, filem itu mencatat kutipan RM48.29 juta juta sejak mula ditayangkan 14 Disember lalu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.