

Maklumlah hari pertama umpama persepsi pertama, jadi pelajar khususnya murid sekolah rendah diharap akan lebih teruja untuk hadir sekolah meneroka pendidikan secara lebih aktif sepanjang sesi sekolah.
FMT Ohsem juga mendapati ada beberapa usaha luar jangkaan yang diambil pihak sekolah dalam meraikan kehadiran murid untuk sesi persekolahan 2018.

“SK St Paul Seremban menjemput pelajar dengan kuasa hebat….. Kudos kepada semua orang yang terlibat dalam menyampaikan sesuatu yang luar daripada kebiasaan, khususnya guru besar sekolah.
“Tiada Jedi… tetapi semuanya padawans muda..,” tulisnya yang turut memetik nama Stephen Fah dan Marvelman Ganesan untuk kredit foto.
Gambar itu menunjukkan beberapa orang berpakaian dan bertopengkan watak Star Wars dan menjemput masuk pelajar sekolah ke dalam perkarangan bangunan.
Malah, sebuah rakaman menunjukkan individu berpakaian seperti Stormtrooper menemani seorang kanak-kanak lelaki melintas jalan dan memasuki ruang sekolah.
Usaha kreatif itu menjadi pujian dan reaksi positif netizen yang akui guru-guru sekolah tersebut sebagai “sporting” dan bersikap “cool”.
Posting tersebut juga dikongsi lebih 267 kali sehingga artikel ini ditulis.

“Hari pertama sekolah, menjemput murid dengan manisan,” tulisnya berserta sekeping gambar.
Manakala, sebuah lagi kiriman menunjukkan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2), Nor Aizah Ismail dan guru sekolah tersebut rela berpakaian watak fantasi untuk menarik minat murid Tahun 1 ketika Hari Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1 & Prasekolah 2018 pada minggu lalu.


Kredit Gambar: Komuniti I Love Manjung