

Perlakuan itu dikesan oleh kakitangan hospital di Ulan-Ude di Republik Semashko berhampiran sempadan Mongolia selepas melakukan imbasan X-ray.
Wanita yang dikenali sebagai Nina, 74, didapati menelan objek seperti paku dan skru panjang, penahan pintu serta sekerap berukuran 15cm sejak 14 tahun lalu.
Bagaimanapun, dia menghubungi pihak hospital baru-baru ini selepas mengadu badannya panas.
Menurut laporan Daily Mail, Nina terpaksa melalui pembedahan mengeluarkan semua objek besi yang ditelannya.
“Doktor terkejut apabila mendapati terlalu banyak objek besi dalam tubuhnya. Turut dikeluarkan ialah rantai perak. Nina memberitahu doktor dia kekurangan darah, maka kandungan zat besi dalam tubuhnya akan bertambah jika menelan besi,” petik laporan itu.
Menariknya, doktor mengesahkan wanita itu bukan sahaja sihat tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam perut atau tekaknya.