Minum kopi dan elak mati awal

Minum kopi dan elak mati awal

Menurut satu kajian, lebih banyak minum kopi, lebih lama anda akan hidup.

coffee
fmt-ohsem-inside-article1Manfaat kopi selalu menjadi bahan debat bukan sahaja sesama penggemarnya, malah penyelidik dan para saintis pemakanan.

Minuman berkafein ini ternyata digemari berjuta peminat seluruh dunia dan manfaatnya terbukti melalui pelbagai kajian.

Namun terdapat juga pelbagai pendapat lain menafikan atau mempersoal kelebihan biji-biji aromatik kopi.

Jangan risau kerana kajian terbaru memberikan anda berita baik mengenai kopi.

Menurut kajian itu, lebih banyak minum kopi, lebih lama anda akan hidup.

Menurut jurnal The Annals of Internal Medicine, penggemar kopi dari 10 negara Eropah didapati memiliki risiko sangat rendah untuk menghidap penyakit hati, kecenderungan membunuh diri, kanser dalam kalangan wanita serta penyakit berkaitan peredaran darah.

Malah, bagi mereka yang minum 3 cawan kopi sehari juga kurang berisiko meninggal dunia pada usia muda.

Penyelidikan susulan yang diterbitkan jurnal sama juga menyatakan mereka yang minum 2 hingga 4 cawan kopi setiap hari kemungkinan 18% kurang risiko berdepan penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

Ketua penyelidik bagi fasa 2 kajian itu, Veronica Wendy berkata ia tidak bermakna mereka yang minum kopi akan menambah usia sebaliknya mereka berpotensi mengelak dari penyakit yang berkaitan organ-organ kinergi.

“Kami tidak berkata kopi memanjangkan umur anda, tetapi kajian kami melihat hubungannya. Kopi memiliki banyak antioksidan dan sebatian fenolik di dalamnya yang memiliki peranan penting untuk mencegah kanser,” kata pengkaji University of Southern California itu.

Oleh itu, jika anda sedang memikirkan untuk menikmati secawan kopi, mungkin boleh teruskan idea itu.

Apa pun, pastikan pengambilannya dalam jumlah yang disarankan, kerana jika berlebihan pasti terdapat kesan negatif pada tubuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.