Udara segar Tibet, RM9.50 sebungkus

Udara segar Tibet, RM9.50 sebungkus

Setiap beg udara segar dijual pada 15 yuan (RM9.50) atas talian.

fresh-air
fmt-ohsem-inside-article1Dua beradik perempuan dari Xining di wilayah Qinghai di China mengambil keputusan menjual udara bersih yang dibungkus dalam pek plastik.

Keputusan itu diambil berikutan pencemaran udara yang teruk di China dan pek plastik udara segar boleh menjadi pilihan sihat tanpa pencemaran.

Baru tahu rupanya udara pun boleh dijual beli!

Mengakui sudahpun menjual lebih 100 pek udara bersih setakat ini, adik-beradik usahawan itu dipercayai melakukan urusan jual beli menggunakan talian.

Udara tersebut diperoleh dari gunung dan dataran Tibet dan pembeli diberi pilihan memilih udara yang diambil dari puncak gunung, lembah atau taman bunga di Tibet.

Setiap beg itu dijual pada harga 15 yuan (RM9.50).

Menurut mereka, objektif perniagaan bukanlah wang semata-mata tetapi bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan meningkatkan usaha pemeliharaan alam sekitar khususnya memulihara udara.

Namun netizen di laman sosial Weibo pula menyifatkan usaha dan taktik 2 beradik ini menjual udara segar tetapi menggunakan beg plastik itu juga menjejaskan alam sekitar.

“Taktik pemasaran yang baik. Udara kepunyaan bumi, bagaimana anda menjadikannya hak milik persendirian dan menjualnya?” tanya seorang lagi netizen.

Bagaimanapun mereka bukanlah individu pertama yang berbuat demikian, malah pada 2013 dan awal tahun ini beberapa orang sudahpun cuba membuat jualan udara segar.

Seorang pegawai dari jabatan perhutanan di China, misalnya menjual udara segar dari pergunungan Qinling dengan harga 18 yuan (RM11.45) satu tin.

Menariknya projek itu menerima pelaburan bernilai 200,000 yuan (RM127,220) daripada kerajaan.

Udara segar dan bersih dari negara seperti Kanada dan Australia juga dijual atas talian.

Jadi, apa yang anda fikirkan sekarang, mahu jadi usahawan udara juga?

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.