Tarian zumba pelajar di Cairo undang pelbagai reaksi

Tarian zumba pelajar di Cairo undang pelbagai reaksi

Tarian itu juga dipersembahkan untuk menyambut kedatangan menteri pengajian tinggi negara itu ketika membuat lawatan ke Universiti Cairo untuk sesi permulaan pengajian baharu tahun ini.

zumba

Video sekumpulan pelajar perempuan dari Mesir yang membuat persembahan tarian seakan Zumba di pekarangan kampus Universiti Cairo kini viral di laman sosial dengan reaksi bercampur daripada netizen.

Kumpulan pelajar perempuan yang lengkap berpakaian menutup aurat dan bertudung bersama-sama menyampaikan tarian di tengah-tengah laman universiti sebagai gimik mengalukan kemasukan pelajar baharu ke kampus tersebut.

coment12
Menurut laporan Al Arabiya, tarian itu juga dipersembahkan untuk menyambut kedatangan menteri pengajian tinggi negara itu ketika membuat lawatan ke Universiti Cairo untuk sesi permulaan pengajian baharu tahun ini.

Bagaimanapun, terdapat netizen mengeji tindakan pelajar perempuan kerana tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar sebaliknya berpakaian ketat dan menari di jalanan.

comment3
Berbeza dengan segolongan lagi yang memuji gimik itu yang dianggap sporting dan menghiburkan.

Mari kita lihat antara kritikan dan pujian dikongsi netizen terhadap muzik video ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.