45 ekor udang goreng celup tepung hanya RM10?

45 ekor udang goreng celup tepung hanya RM10?

Kedai Makan Trizai di kawasan Penarik, kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Terengganu menawarkan pelbagai jenis makanan pada harga murah dan minuman secara percuma.

udang-2

Memang mustahil untuk menikmati makanan laut pada harga murah, apatah lagi harga makanan sekarang naik mengalahkan kelajuan roket.

Bagaimanapun, sebuah restoran di Terengganu memberi pengalaman makan yang berbeza. Ya, mereka bukan hanya jual makanan yang sedap, malah pada harga murah di luar jangkaan!

Kedai Makan Trizai di kawasan Penarik, kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Terengganu ini menawarkan pelbagai jenis makanan pada harga murah dan minuman secara percuma.

udang-1

Pemasaran ini berjaya menarik pelanggan dan restoran ini menjadi semakin popular selain sejak ia diviralkan oleh portal berita serta laman sosial sejak sebulan yang lalu.

Laman Facebook Kedai Makan Trizai menunjukkan, restoran itu juga dikunjungi selebriti tanah air yang turut mengesyorkan makanan di restoran tersebut.

Hmm… mana mungkin boleh beli 45 ekor udang celup tepung dengan harga hanya RM10 dan ikan selayang celup tepung pada harga RM1.90 seekor.

Bagi minuman pula, teh O beng (ais) dan sirap boleh diperoleh secara percuma kepada pelanggan.

udang-4

Menurut laporan Sinar Harian, pengusahanya, Zainab Mohamed, 26, tidak menyangka berita mengenai restoranya viral sehingga menerima pelanggan tidak putus-putus.

“Akibat daripada viral, kedai yang beroperasi sejak 5 tahun lalu terpaksa melanjutkan waktu operasi sehingga jam 10 malam dan juga menambah jumlah pekerja kepada lebih 20 orang.

“Sebelum ini kedai mula buka jam 10 pagi hingga 7 petang,” katanya petik akhbar itu lagi.

udang-3

Lazimnya situasi sesak hanya berlaku ketika musim perayaan dan juga cuti umum termasuk hujung minggu, ujar Zainab.

Kini, stok makanan mentah terpaksa ditambah iaitu satu tan bagi udang dan 500kg bagi ikan selayang untuk dijual sehari.

Ia meningkat 2 kali ganda daripada jualan asal.

Netizen juga tidak ketinggalan berkongsi testimoni mengenai makanan di restoran tersebut yang rata-rata memuji pengusahanya kerana menawarkan harga murah di samping mengekalkan kualiti rasa yang baik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.