Wanita beranak di tengah jalan buat orang tergamam

Wanita beranak di tengah jalan buat orang tergamam

Wanita sarat mengandung itu terus memegang perutnya selepas mendapati air ketubannya pecah dan pada masa yang sama melahirkan anaknya sambil berdiri.

mak-terberanak-atas-jalan
fmt-ohsem-inside-article1Rakaman video seorang wanita mengandung melahirkan anak di tengah jalan tular selepas dia dengan selambanya menjinjing bayi dan berjalan pulang.

Kejadian itu berlaku di Yunfu, wilayah Guangdong di China pada 2 September lalu apabila wanita ini sedang membeli barang di sebuah kedai.

Wanita sarat mengandung itu terus memegang perutnya selepas mendapati air ketubannya pecah, lalu melahirkan anak sambil berdiri.

Daily Mail memetik laporan news163.com melaporkan rakaman video itu tular di laman sosial selepas orang ramai terkejut melihat bayi baru lahir di atas jalan raya bersama ibunya yang beranak sambil berdiri.

Dalam satu lagi rakaman kelihatan ambulans dan pegawai perubatan datang membantu wanita dan bayi tersebut dengan membalut serta menempatkan bayi itu di atas kerusi di tengah jalan.

Selepas itu, wanita tersebut mendukung bayinya berserta beg barangan dan berjalan pulang dengan baju berlumuran darah.

Orang ramai yang mengelilingi wanita itu bukan sahaja terkejut dengan kejadian itu, malah tergamam dengan kelakuan ibu tersebut yang mampu berjalan pulang bersama bayi dan barang yang dibeli.

https://www.youtube.com/watch?v=OWU3cuDGuH4

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.