Panas, jangan mengeluh! Cahaya matahari bantu elak masalah kesihatan

Panas, jangan mengeluh! Cahaya matahari bantu elak masalah kesihatan

Cuaca di Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun dan sesekali mendedahkan diri di bawah cahaya matahari ternyata ada baiknya.

panas
fmt-ohsem-inside-article1Panas terik matahari sentiasa menyebabkan anda berasa tidak selesa. Tapi jangan banyak mengadu kerana cahaya matahari sebenarnya bermanfaat kepada kesihatan badan.

Ia adalah pembekal Vitamin D yang paling berkesan, jadi jangan selalu melindungi diri daripada cahaya matahari mahu pun menggunakan krim pelindung yang berlebihan pada waktu yang salah.

Dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun ternyata ada baiknya sesekali dedahkan diri di bawah cahaya itu.

Menurut laporan Time.com, saintis akui cahaya matahari amat penting dan tenaga daripada cahaya itu seharusnya diserap oleh badan. Di bawah, FMT Ohsem berkongsi 10 kebaikan cahaya matahari kepada manusia.

1. Buat anda gembira dan aktif

Saintis mengkaji bahan kimia dalam otak yang mempengaruhi mood seseorang, serotonin. Kandungan serotonin yang tinggi dihubungkaitkan dengan mood dan perasaan baik dan lebih tenang manakala kandungan yang rendah pula boleh menyebabkan tekanan dan keresahan. Kandungan serotonin tinggi berlaku pada waktu siang yang cerah manakala berkurangan pada hari mendung. Di negara barat, kekurangan serotonin juga dikaitkan dengan musim luruh di mana cahaya matahari kurang. Menurut Dr. Normal Rosenthal dari Universiti Georgetown, masalah ini dikenali sebagai “winter blues” yang menyebabkan rasa letih, sedih serta hilang harapan pada musim tersebut.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Kajian dalam jurnal Perubatan British menyatakan kebarangkalian seseorang mati akibat penyakit jantung pada bulan luruh lebih tinggi berbanding pada musim panas. Ia kerana pengaruh Vitamin D yang sedikit pada musim luruh. Majalah kesihatan, The Lancet, menyatakan, kadar kolestrol meningkat pada musim luruh ekoran pendedahan terhadap vitamin D yang rendah.

3. Mengelak diabetes

Vitamin D mungkin boleh membantu mengelak penyakit diabetes. Kajian di Finland mendapati kanak-kanak yang diberi suplemen Vitamin D selama beberapa tahun, 80% kurang risiko penyakit diabetes Jenis 1 ketika membesar. Kekurangan Vitamin D juga meningkatkan risiko diabetes Jenis II.

4. Mengelak sklerosis berganda

Sklerosis berganda ialah penyakit yang dikaitkan dengan sistem saraf utama yang mana boleh menyebabkan kelumpuhan. Puncanya masih tidak diketahui tetapi saintis menyimpulkan pendedahan di bawah cahaya matahari sewaktu kanak-kanak boleh merendahkan risiko penyakit ini. Ia dibuktikan dengan jumlah pesakit saraf yang kurang di negara panas.

5. Elak kaviti

Benarkah? Cahaya matahari juga dikatakan baik untuk kesihatan mulut, khususnya gigi. Kajian pergigian juga membuktikan kanak-kanak di negara “sejuk” lebih terdedah kepada masalah kaviti.

6. Mengurangkan rasa sakit.

Cahaya matahari juga dikatakan berfungsi sebagai penenang kesakitan. Pendedahan kepada cahaya semulajadi memberi rasa hangat kepada otot dan melonggarkan ketegangan sekaligus mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kondisi keradangan seperti artritis.

7. Mengurangkan risiko kanser

Walaupun kita banyak membaca berita pendedahan kepada matahari menyebabkan kanser kulit, kebaikan Vitamin D daripada cahaya matahari tidak boleh dinafikan. Ia sebenarnya membantu mengurangkan kanser jenis lain. Ia dibuktikan dalam kajian Institut Kanser Kebangsaan AS yang mendapati pendedahan kepada cahaya matahari mengurangkan risiko kanser payu dara da kolon. Kesan yang sama dilihat pada kanser pundi kencing, rahim, esofogus dan perut.

8. Meningkatkan kesuburan

Cahaya matahari mengurangkan penghasilan hormon melatonin yang menahan kesuburan. Jadi kemungkinan seseorang hamil pada musim panas lebih tinggi. Cahaya matahari juga bukan sahaja menyuburkan seseorang malah meningkatkan tempoh kesuburan itu. Kajian menunjukkan wanita yang mendapat kurang sejam cahaya matahari semingu mengahadapi menapous 7 hingga 9 tahun lebih awal. Cahaya matahari juga meningkatkan hormon testosterone lelaki.

9. Mengatasi masalah haid

Sekitar satu daripada 5 wanita menghadapi penyakit polisistik ovari yang disebabkan oleh kitaran haid yang tidak normal dan ketidaksuburan. Lebih separuh daripada 14 wanita yang dirawat dengan vitamin D dan kalsium oleh Dr Susan Thys-Jacobs di Hospital St Luke’s-Roosevelt, Universiti Columbia di New York, pulih dengan kitaran haid yang tersusun. Dr Susan juga mendapati penyakit pra-haid juga berpunca daripada kekurangan vitamin D.

10. Membantu mengurangkan masalah kulit

Mendedahkan diri di bawah sinaran matahari membantu kita dengan masalah seperti psoriasis, jerawat dan ekzema. Pendedahan cahaya matahari yang terkawal dan kerap, umpama ubatan untuk pemulihan pesakit kulit yang bukan serius. Biasanya pesakit yang tidak serius digalakkan berjemur di bawah cahaya matahari selamat selama 30 minit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.