
Tidak dapat duduk sabar menunggu pasukan bomba dan penyelamat, seorang lelaki mengambil inisiatif sendiri untuk membantu kanak-kanak yang lehernya tergantung di jeriji tingkat 4 unit rumahnya.Dalam kejadian yang berlaku di sebuah apartment Xiaogan di wilayah Hubei, kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang ditinggalkan bersendirian di rumahnya jatuh tergelincir menyebabkan lehernya tersangkut di jeriji besi di tingkap rumahnya.
Lelaki itu, Chen Fangyong yang sedang tidur ketika kejadian sedar selepas mendengar bunyi bising orang ramai.
Dia yang turut menyaksikan kejadian itu hilang sabar apabila melihat kanak-kanak itu semakin lemah dan tidak bergerak.
“Saya terus memanjat tingkap untuk menyelamatkan mangsa,” katanya, lapor South China Morning Post.
Chen mengangkat dan menjinjing kanak-kanak itu selama 20 minit sementara menunggu anggota bomba tiba.
Gambar dan video menunjukkan Chen memegang dan menyokong menggunakan dada dan lengannya sebar di laman sosial, sekali gus menyifatkan tindakan tersebut sebagai “hero”.
Chen akui, dalam keadaan cukup genting apatah lagi melibatkan kanak-kanak, sesiapa sahaja akan melakukan perkara sama.
Pegawai polis yang menyiasat kes itu mendapati ibu mangsa meninggalkan kanak-kanak itu bersendirian pergi ke kedai.
https://www.youtube.com/watch?v=HDIiE0ScGMg