Trend foto berjambang tanda sokongan kepada N.Thanabalan

Trend foto berjambang tanda sokongan kepada N.Thanabalan

Pemain berusia 22 tahun mungkin tidak menyangka reaksi orang ramai yang kini menular di laman sosial.

Screenshot_20170828-125055_
ThanabalanSejak pemain bola sepak Sukan Sea, pasukan Malaysia, bernombor 12, N.Thanabalan menjaringkan gol menentang pasukan Indonesia di acara semi final, laman sosial terus dihujani dengan nama pemain itu.

Terbaru, trending pula gambar peminat bola sepak negara yang berjambang, sama seperti Thanabalan, tanda sokongan dan penghargaan tandukan beliau itu.

Pemain berusia 22 tahun itu ternyata teruja dengan sokongan diperoleh sejak beberapa hari lalu, tetapi mungkin dia sendiri tidak menyangka reaksi luar dugaan yang kini sedang menular dalam laman sosial.

Ada juga pihak mengecamnya seperti peminat dari Indonesia, tetapi kalah menang adat permainan.

thana1

Mari kita lihat paparan skrin peminat bola sepak Malaysia khususnya N.Thanabalan yang menggunakan applikasi telefon pintar untuk menampal jambang pada foto mereka.

Paparan gambar-gambar ini kemudiannya ditularkan dengan hashtag seperti #NThanabalan, #wearethanabalan, #thanabalan dan sebagainya.

Dalam satu temuramah radio, Thanabalan memberitahu dia sekadar membela jambang tanpa sebarang niat sehinggalah seolah-olah membawa tuah kepadanya. Jadi dia mahu membelanya sehingga perlawanan tamat.

Thanabalan juga meminta rakyat Malaysia terus menyokong Malaysia dan pasukan bola sepak.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.