Netizen tertawan dengan penampilan pelajar 17A1 SPM, Dr. Amalina Bakri

Netizen tertawan dengan penampilan pelajar 17A1 SPM, Dr. Amalina Bakri

Amalina kini sedang menjalani pengajian sebagai pelatih di The Royal College of Surgeons of England untuk menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik.

Nur-Amalina-Che-Bakri-pelajar-malaysia
fmt-ohsem-inside-article1Manusia membesar dan berubah. Perubahan itu lazimnya menerima pelbagai komen kecuali jika berlaku di depan mata sendiri. Kalau kita melihat seseorang selepas 10 tahun, pasti banyak benda untuk diperkatakan mengenai mereka.

Sama juga dengan wanita ini. Namanya Nur Amalina Che Bakri, dan dia pernah menggegarkan negara dengan keputusan SPM pada tahun 2004 yang luar biasa, 17A1.

Kecemerlangan itu akhirnya membawa Amalina merantau ke luar negara iaitu England untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Dengan biasiswa daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Amalina yang sudah melalui beberapa pengajian kini sedang menjalani latihan surgikal di The Royal College of Surgeons of England.

Bangga kan?

Nur-Amalina-Che-Bakri-ms-1Amalina berhasrat menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik.

Wanita yang kini berusia 30 tahun itu memperoleh ijazah berkembar di University Edinburgh Scotland iaitu Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah Perubatan.

Dia juga merupakan pemegang Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus terjemahan perubatan dan terapeutik.

Namun, membelakangkan semua itu, yang menjadi buah mulut netizen ialah perubahan penampilan Amalina.

Berbeza daripada gadis remaja muda masih dalam dakapan ibu bapa, kini wanita ini bukan sahaja matang dan berpendidikan tinggi malah pandai membawa dirinya.

Beberapa gambar dikongsi dalam laman sosial miliknya viral di internet sehingga ramai sudah tidak mengenali Amalina.

Nur-Amalina-Che-Bakri-ms-2Ada yang akui dia sudah tidak kelihatan seperti wanita Melayu, kelihatan seperti selebriti barat, Kim Kardashian dan kelihatan jauh lebih menarik dan cantik.

Walau apa pun perubahan yang terjadi pada diri Amalina, dia tetap menjadi individu yang mengharumkan nama negara dengan kebijaksanaan dan kemampuannya untuk terus survive di negara orang melalui pengajian yang bukan calang-calang.

Kepada Amalina, kami rakyat Malaysia amat berbangga dengan prestasi anda dan tak sabar tunggu kepulangan anda untuk berkhidmat di sini!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.