Awas, buah pun boleh naikkan berat badan!

Awas, buah pun boleh naikkan berat badan!

Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan atau mengawal kandungan gula dalam darah, elakkan beberapa jenis buah di senarai ini.

fruits
fmt-ohsem-inside-article1Ramai orang sukakan buah-buahan, ada juga yang tidak. Tapi semua orang tahu buah-buahan adalah pilihan makanan yang sangat sihat. Namun, bukan semua buah-buahan sesuai dengan diet seseorang.

Buah-buahan merupakan agen sukrosa atau fruktosa (gula daripada buah) dan sesetengah buah-buahan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Misalnya, pesakit diabetes sering dinasihatkan supaya mengelak memakan pisang secara berlebihan, bimbang akan mempengaruhi kandungan gula dalam darah.

Jadi, jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan atau mengawal kandungan gula dalam darah, elakkan beberapa buah di senarai ini.

FMT Ohsem menyenaraikan buah-buahan yang rendah kandungan gula dan baik untuk diet anda. Buah-buahan ini lazimnya dimakan untuk mengurangkan berat badan dan kawal kandungan gula dalam darah.

Bagaimanapun, janganlah risau sangat kerana rata-rata semua buah mempunyai zat dan khasiat cuma yang disenaraikan di bawah lebih sesuai kepada mereka yang sedang berdiet.

1. Buah-buahan beri

Strawberi, raspberi, beri hitam dan buah daripada keluarga beri ini rendah kandungan gulanya. Lazimnya, bagi hidangan 150 gram, kandungan gulanya 4–7 gram sahaja. Beri adalah buah yang kaya antioksidan dan vitamin C, maka amat baik untuk kulit dan pencernaan. Namun beri biru berbeza sedikit keranamengandungi kadar gula yang paling tinggi dalam keluarga beri, iaitu 15 gram pada setiap hidangan 150 gram.
Alamak! Beri biru itulah buah kesukaan daripada keluarga beri!

2. Tembikai

Siapa yang tak suka pada tembikai. Rasanya amat menyegarkan apatah lagi pada musim panas. Tembikai adalah buah dengan 90% air. Maka, tembikau selalu disyorkan dalam program penurunan berat badan. Walaupun rasanya manis, sebenarnya tembikai juga tergolong dalam buah rendah gula, iaitu 10 gram bagi semangkuk tembikai yang dipotong dadu. Buah ini membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

3. Avokado

Rasanya tawar tetapi berlemak, avakado juga disenaraikan sebagai buah rendah kandungan gula. Avokado aya dengan lemak baik dan hanya mengandungi 0.7 gram gula bagi hidangan 100 gram.

4. Kiwi

Satu lagi buah import yang semakin disukai! Rasanya yang masam manis menjadi pilihan buah bervitamin C yang semakin popular. Kiwi juga mempunyai kadar gula yang rendah iaitu 6 gram bagi setiap buah selain kaya anti oksidan dan membantu tubuh melawan jangkitan dan radikal bebas.

5. Lemon dan limau nipis

Lemon dan jeruk nipis antara buah-buahan yang mengandungi kandungan gula paling rendah, hanya sekitar 1 – 2 gram bagi buah bersaiz sederhana besar. Rasa masam buah itu berupaya mengurangkan nafsu makan dan baik untuk penurunan berat badan.

OK, bagaimana pula dengan buah-buahan yang tinggi kandungan gulanya? Itu pun kami akan senaraikan juga. Eloklah berhati-hati menikmati buah-buahan ini jika bertentangan dengan diet anda.

1. Laici

Mempunyai 29 gram gula bagi hidangan secawan sekali gus menjadi antara buah yang paling tinggi kandungan gula. Tetapi zat kalsiumnya juga sama banyak, jadi laici sesuai dimakan pada kadar sederhana.

2. Buah tin

Superfood ini juga mempunyai kandungan gula yang tinggi, 27 gram gula bagi hidangan secawan. Namun, ia juga sumber potasium dan serat yang baik.

3. Mangga

Siapa suka mangga? Buah tempatan ini pilihan ramai apatah lagi makannya sambil cecah kicap dan cili. Namun berpada-padalah dengan jumlah diambil. Jangan kerana musim mangga, anda pun meratah ikut suka. Mangga mengandungi 23 gram gula setiap hidangan namun merupakan sumber vitamin A yang baik untuk mata anda.

4. Anggur

Kaya dengan anti oksidan dan serat, secawan anggur bagaimanapun mempunyai 15 gram gula. Jadi kalau selalu mengadu buah import itu semakin mahal, kita ada banyak lagi buah tempatan yang murah dan rendah gula.

5. Nanas

Sepotong buah nanas bersaiz sederhana mempunyai 15 gram gula, 19 gram karbohidrat dan 100 kalori tenaga. Namun, ia merupakan buah rendah kolestrol dan mempunyai lemak yang baik. Selain itu, nanas juga sumber thiamin, vitamin B6, mineral, vitamin C dan magnesium yang baik.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.