Shah Rukh Khan tanggung rugi filem ‘Jab Harry Met Sejal’?

Shah Rukh Khan tanggung rugi filem ‘Jab Harry Met Sejal’?

SRK mungkin terpaksa membayar sejumlah wang untuk menampung kerugian yang dialami oleh pelabur filem itu.

SRK
fmt-ohsem-inside-article1Ada satu teori yang kukuh dalam dunia perfileman India, pada hari atau minggu pertama sesebuah filem di pawagam dimainkan atas faktor populariti pelakon.

Bayangkan jika seseorang pelakon itu mempunyai sejuta pengikut atau peminat tegar, maka pihak produksi dan pengedar filem itu boleh menjangka beberapa hari “house full”.

Namun jika sesebuah filem lakonan pelakon dengan bilangan peminat tinggi tersungkur dari carta “box office,” ia bermakna promosi dan usaha yang dilakukan oleh pelakon itu tak cukup.

Sama dengan senario terbaharu di Bollywood apabila Shah Rukh Khan (SRK) juga terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat pengedar filem, NH Studioz selepas filem terbaharunya, Jab Harry Met Sejal, kurang mendapat sambutan.

Memetik laporan Bollywood Life, filem Jab Harry Met Sejal yang dirakam penggambarannya di Eropah gagal memperoleh kutipan yang dijangka.

“Oleh itu, pelakon utamanya, SRK mungkin terpaksa membayar sejumlah wang untuk menampung kerugian yang dialami oleh pelabur filem itu,” petik laporan.

Kekurangan promosi dipercayai menjadi salah satu faktor filem itu mengalami kerugian berbanding filem lain yang sedang ditayangkan pada waktu ini.

Sebelum ini, filem lakonan Baadshah of Bollywood dan diva, Kajol Mukharjee yang dinanti-nantikan, Dilwale juga mengalami kerugian teruk sehingga memaksa SRK membayar 50% ganti rugi kepada pengedar filem itu.

Dalam kes ini, kedua-dua pihak masih mempertimbangkan perkara tersebut dan belum membuat apa-apa keputusan muktamad.

Jab Harry Met Sejal menceritakan kisah Harry lakonan Shah Rukh sebagai pemandu pelancong di Eropah dan Anushka Sharma sebagai Sejal, seorang gadis dari Gujarat yang berkunjung ke benua itu.

Sejal mencari cincin tunangnya sehingga membuatkan Harry mendalami erti sebuah cinta, kasih sayang dan hubungan antara 2 hati.

Filem itu melalui penggambaran di beberapa lokasi utama Eropah seperti Budapest, Amsterdam, Prague dan Lisbon.

Awalnya, filem itu mahu dinamakan “The Ring” agar bersesuaian dengan intipati filem itu, cincin tunang.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.