ERA fm tak putar lagu Siti, netizen marah

ERA fm tak putar lagu Siti, netizen marah

Lagu baharu Siti Nurhaliza yang berjudul, Segala Perasaan tidak dimainkan oleh saluran radio itu.

Siti-Nurhaliza-ERA
Apa, saluran radio ERA fm tak mainkan lagu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin?

Hmm… entahlah kerana saluran radio itu sememangnya terlibat dalam khabar angin tidak memutar lagu artis tertentu sejak sekian lama sehingga mereka lama menjadikan media sosial untuk mempromosi karya mereka.

Ditambah pula dengan permintaan secara langsung oleh Siti Nurhaliza menerusi laman Twitter kepada saluran radio itu agar memainkan lagu baharunya yang berjudul, Segala Perasaan.

Lagu yang dilancarkan secara rasmi pada April lalu dan mendapat perhatian netizen dikatakan tidak dimainkan oleh saluran radio itu.

Hmm.. tapi kenapa?

Marah benar peminat dan pengikut Siti selepas melihat nasib penyanyi terkenal negara terpaksa meminta sendiri agar lagunya diputar.

Netizen terus mengecam sikap saluran radio itu di laman sosial Twitter dengan meminta lagu Siti Nurhaliza yang terbaharu dimainkan selain memberi komen supaya tidak berbuat demikian.

Siti
Era2
Era1

Malah, tinjauan FMT Ohsem juga mendapati netizen banyak membuat permintaan lagu itu kepada saluran Era fm sejak Jun yang lalu.

Lagu Segala Perasaan adalah ciptaan Ivan Lahardika dan termasuk dalam album ke-17 beliau berjudul SimetriSiti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.