Kanak-kanak perempuan sekarang sudah kenal erti cinta, seks

Kanak-kanak perempuan sekarang sudah kenal erti cinta, seks

Kanak-kanak dan remaja perempuan pada masa kini didapati lebih berani dalam mengekspressi emosi mereka kepada lelaki termasuk mengenai cinta dan seks.

girl
fmt-ohsem-inside-article1Pagi tadi buka radio, terdengar celoteh 2 orang joki yang berkongsi kisah mengenai seorang anak murid berusia 10 tahun menghantar surat cinta kepada gurunya.

Antara kandungan surat yang dikongsi ialah rasa cemburu murid perempuan itu apabila guru lelaki itu tersenyum kepada murid perempuan yang lain.

 

Ekoran itu murid perempuan itu memberi amaran supaya tidak berbuat demikian kepada mana-mana murid perempuan lain. Dia juga menulis akan menyimpul senyuman guru itu kepadanya seminggu sebelum itu sebagai persetujuan menerima cintanya.

Mungkin murid perempuan yang masih kecil itu keliru atau tidak faham erti cinta sebenar. Dia sekadar menyampaikan obsesinya terhadap guru itu kerana sayang, hormat atau terpengaruh dengan ketampanan guru itu.

 

surat-cinta

Dalam satu lagi kes, kisah seorang pelajar perempuan yang masih muda, dikatakan hanya berusia 14 tahun berinteraksi secara tidak senonoh kepada seseorang yang tidak dikenalinya.

Mangsa kali ini seorang doktor yang diganggu oleh remaja perempuan yang baru berusia 14 tahun tetapi kerana enggan dirinya dikenali, dia akui dirinya seorang jururawat.

Pendekkan cerita, doktor tersebut berkongsi kisah beliau menerima pelbagai respon selepas mengadakan project live class di bawah tagline #dronnlivemedicalvidz.

Doktor itu tampil berkongsi respon berbaur gangguan seks daripada remaja perempuan tersebut kerana prihatin dengan masalah dan kekurangan sokongan yang mungkin dihadapi pelajar itu sehingga bertindak sedemikian.

“Dia menjadikan perkara tersebut (mendakwa dirinya seorang jururawat) sebagai point untuk memulakan conversation, dan lebih memalukan, selepas menghantar beberapa mesej, dia proceed dengan menghantar gambar lucah pula, beserta kata-kata lucah,” tulis doktor itu.

Doktor tersebut ternyata terkejut dan terus mengambil tindakan untuk memeriksa latar menerusi seorang rakannya yang bekerja dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dari situ doktor itu mendapat tahu latar belakang pelajar selain mendapati keterlibatannya dalam beberapa kes yang sama dengan orang lain.

auto-draft-43

“Saya telefon bapanya, atas dasar kasihan dan simpati, dan again, to my surprise seorang lelaki dengan suara yang agak tua mengangkat dan mengatakan dia sedang mengerjakan umrah di tanah suci.”

“Saya hanya memberitahu beberapa perkara keypoint sahaja terhadap bapanya, khuatir ini akan menjejaskan fokusnya untuk beribadat dan mengerjakan umrah. Setelah beliau pulang ke Malaysia, beliau menelefon saya,” sambung tulis doktor itu.

Menjelaskan kebenaran dan perkara yang berlaku kepada si bapa, walaupun pada awal mereka enggan terima hakikat, akhirnya bapa tersebut merayu supaya doktor itu tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Akhirnya doktor itu dengan kebenaran bapa tersebut berkongsi pengalamannya yang turut menyebabkan dia dihalang untuk membuat sesi pengajaran secara langsung oleh ibunya.

“Kepada semua ibu bapa di luar sana, sila periksa telefon anak anda,” pesannya.

Kejadian itu juga menyebabkan doktor itu terpaksa memakai topeng muka perubatan ketika membuat video langsung, syarat yang dibenarkan ibu doktor itu.

Agak mengejutkan dalam masa sama perkara yang berlaku ini amat membimbangkan khususnya dari aspek keibubapaan. Pelbagai spekulasi wujud dalam kes ini, pihak yang harus dipersalahkan dan moral kanak-kanak atau remaja wanita yang rosak akhlak seawal usia belasan tahun.

FMT Ohsem akan menghubungi pakar kanak-kanak dan psikologi serta guru dan ibu bapa dalam mendapatkan reaksi mereka dalam artikel akan datang.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.