Kita ada nasi lemak pondan, Singapura ada nasi lemak udang karang

Kita ada nasi lemak pondan, Singapura ada nasi lemak udang karang

Gerai ini menjual nasi lemak udang karang dan pelbagai pilihan menu makanan laut yang lain.

nasi-lemak-lobster
fmt-ohsem-inside-article1Nasi lemak, makanan yang semakin popular bukan sahaja di dalam negara tetapi semakin digilai di tahap antarabangsa.

Ya la… sejak seorang wanita Malaysia memenangi pertandingan Masterchef di United Kingdom dengan masakan Nasi Lemak, makanan itu seolah dapat pengiktirafan baharu.

Makanan yang dibanggakan sebagai makanan rasmi Malaysia melalui pelbagai fasa revolusi.

Beberapa bulan lepas, McDonalds di Singapura memperkenalkan burger nasi lemak untuk tempoh terhad dikatakan menerima sambutan luar biasa.

Terkini satu lagi menu nasi lemak sedang viral di laman sosial, sumpah, tengok gambar pun sudah cukup mengujakan.

Ya, siapa suka nasi lemak dan udang karang, bolehlah mencuba “double happiness” ini, cuma anda kena berjalan keluar dari sempadan Johor ke Singapura.

Gerai ini menjual nasi lemak udang karang dan pelbagai pilihan menu makanan laut dikesan di Tampines, Singapura.

Gerai tersebut dikendalikan oleh individu berbangsa Melayu sudah lama beroperasi dan terkenal dengan masakan udang karang panggang yang disalut 3 jenis keju dan sos bawang putih.
nasi-lemak-lobster1

Hmm.. dengar pun sudah menyelerakan bukan?

Dengar khabar, nasi lemak udang karangnya juga cepat habis dan ia menghampakan pelanggan kerana peniaga tersebut menerima tempahan terlebih awal sehingga beratus bungkusan terjual sebelum gerai itu dibuka lagi.

Nasi lemak udang karang dijual pada harga RM69 (S$22) dan turut disediakan ialah pilihan makanan laut lain seperti udang, sotong, ikan salmon dan sebagainya.

Bagi nasi lemak biasa yang lain, harganya bermula pada RM22 (S$7) dan dijamin halal.

Kalau ada rezeki, bolehlah cuba dan beritahu kami macam mana rasanya.

Mungkin selepas ini giliran rakyat Malaysia pula buat pembaharuan yang ada umph.

Janganlah sekadar buat nasi lemak pondan, bujang, anak dara dan Hello Kitty, fikirlah pasal memperkayakan menu selain jenama gerai itu sendiri.

Kredit gambar: Facebook Nabillah Sahak

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.