Isu ajak kahwin, Siti Kasim anggap Rani Kulup hanya bergurau

Isu ajak kahwin, Siti Kasim anggap Rani Kulup hanya bergurau

Siti Kasim bagaimanapun akui menyukai Rani Kulup apabila tampil dalam pakaian Melayu siap bertanjak.

siti-kasim
fmt-ohsem-inside-article1Aktivis terkenal, Siti Kasim sedikit pun tidak meluahkan rasa marah malah menganggap pelawaan berkahwin oleh Abdul Rani Kulup sekadar gurauan.

“Dia hanya bergurau, orang ramai yang ambilnya secara serius. Saya tak rasa apa-apa.

“Dia suka-suka gurau sahaja… kenyataannya tak membahayakan pun. Saya rasa dia nak bergurau sahaja,” katanya berkali-kali dalam satu rakaman temubual oleh wartawan sebuah portal dalam talian.

Siti Kasim juga mempersoalkan tujuan media masa yang sengaja membuat berita tersebut dan orang ramai yang sengaja memperbesarkan perkara itu.

“Kenapa orang ambilnya sebagai satu perkara besar sedangkan ia cerita bodoh. Adakah hanya kerana Rani Kulup menyebut nama Siti Kasim maka ia jadi bahan berita?” soalnya.

Siti Kasim terus diasak dengan soalan yang sama namun beliau tetap dengan pendiriannya, ia hanya satu lawak jenaka yang tidak memberi apa-apa kesan buruk kepada sesiapa.

“Biarkanlah…bukannya dia cakap dia nak bunuh saya atau Dr. Vida. Kalau itu, berbezalah… yang ini okla,” katanya.

Apapun, beliau akui menyukai Rani Kulup apabila tampil dalam pakaian Melayu siap bertanjak dan inisiatifnya untuk menghidupkan kostum tersebut.

“Dunia ini indah dengan kewujudan manusia pelbagai karakter, perangai dan cara. Selagi mereka tidak membahayakan atau menyusahkan jangan ambil serius.

“Kita kena menghargainya. Itu sebabnya di Malaysia kita jarang berlawak jenaka, kita sangat sensitif,” jawabnya merujuk kepada soalan wartawan mengenai dakwaan Rani Kulup sebagai seorang pelawak.

Oleh itu, Siti Kasim sekali lagi di penghujung rakaman menasihatkan supaya tidak mengambil kata-kata Rani Kulup secara serius.

Minggu lepas Rani Kulup yang menggelar dirinya sebagai “Ayah” menyatakan kesanggupan mengambil Siti Kasim sebagai isterinya yang ke-3 menerusi siaran video di Facebook.

Dalam video itu, beliau turut menyeru pengguna media sosial (netizen) supaya tidak berterusan mengutuk Siti Kasim.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.