

Perkara itu didedahkan Rani atau lebih dikenali “Ayah” dalam satu temuramah dengan Sinar Online.
Beliau juga menjamin kedua-dua isterinya juga bersedia menerima madu ke-3 tanpa sebarang masalah.
“Isteri-isteri ayah ‘steady’,” katanya.
Rani akui memiliki semua kualiti suami idaman Vida.
“Ayah boleh menjadi suami yang baik,” kata presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu.
Vida baru sahaja bercerai dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainud April lalu, selepas rumah tangga yang dibina selama 3 tahun menemui kegagalan.
Namun beliau menyatakan sudah bersedia membuka hatinya untuk pengganti baharu tetapi meletakkan beberapa syarat untuk bakal suaminya.
“Dia kena ada karakter yang saya mahukan, bermata kelabu tapi ada ke calon seperti itu. Dia juga kena terima diri saya seadanya. Lelaki mana sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag,” katanya petik laporan terdahulu.
Rani nampaknya yakin dapat memenuhi syarat tersebut selain berhasrat untuk berduet dengan Vida.
Vida baru-baru ini menyatakan harapannya untuk berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi K-Pop Korea Selatan, PSY melalui single sulungnya, “I Am Me”.
Tidak lama dulu Rani Kulup menggemparkan netizen dengan berkongsi hasrat untuk memperisterikan Siti Kasim di Facebook.
“Siti Kasim jangan kau kutuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia macam kita juga yang memerlukan kasih sayang.
“Ayah kan cinta wanita, seandainya Siti Kasim ni…tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan,” petik kata Rani Kulup.