Kajol di KL hari ini!

Kajol di KL hari ini!

Kajol akan menemui peminat untuk promosi filem terbaharunya, Velaiilla Pattadhari 2 atau VIP2 di Jalan Masjid India.

kajol
fmt-ohsem-inside-article1Apa reaksi anda jika pelakon popular Bollywood, Kajol ke Malaysia?

Sebenarnya, anda tidak perlu berteka-teki kerana “Ratu Bollywood”, isteri kepada pelakon Ajay Devgan yang juga pasangan atas skrin terbaik untuk Shah Rukh Khan bakal menemui anda di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Bila?

Menurut laporan Utusan Online, Kajol akan menemui peminat untuk promosi filem terbaharu lakonannya, Velaiilla Pattadhari 2 atau VIP2 di pentas utama di hadapan Jakel Mall, Jalan Masjid India hari ini!

Memberi bonus berganda, selain Kajol, turut bersama dalam promosi filem itu ialah hero dan pengarah filem VIP2, Dhanush dan isterinya yang juga anak kepada Super Star Rajinikanth, Sondarya.

Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer selaku pengedar filem tersebut di Malaysia akui Kajol sebagai salah satu faktor tarikan filem ini yang merupakan sekuel filem VIP pertama.

Filem VIP sekuel pertama bagaimanapun tidak melibatkan lakonan Kajol.

VIP2

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.