Kisah sedih ibu tempah piza guna aplikasi

Kisah sedih ibu tempah piza guna aplikasi

Seorang ibu menggunakan aplikasi Dominos untuk menempah piza tetapi beliau lupa tambah resipi sos dan keju.

pizza-1

Kalau ibu atau orang tua di rumah anda kurang pandai menggunakan aplikasi telefon, elok diajar.

Ini kerana seorang ibu, Jimmi Stead yang kurang ilmu mengenai gajet menempah piza di Dominos menggunakan aplikasi telefon pintar tanpa menyedari kesilapan dalam memilih resipi ketika tempahan.

Sebuah gambar foto yang dimuat naik anak Stead mendedahkan keadaan piza yang dihantar sangat menyedihkan.

pizza

“Ibu menggunakan aplikasi Dominos untuk tempah piza tetapi beliau lupa pasal sos dan keju. Matilah,” tulis anaknya, BJ Staed dalam laman sosial twitternya.

Gambar foto itu menunjukkan piza, roti bakar yang kosong dan pucat dengan kepingan peperoni di atasnya.

“Lain kali saya telefon sahaja untuk buat tempahan,” kata Stead.

Dominos pula merespon tweet tersebut dengan memberikan panduan bagaimana untuk menggunakan aplikasi tersebut dengan betul.

pizza-3

Namun, satu lagi rangkaian piza popular, DiGiorno menggunakan peluang itu dengan menawarkan kupon untuk 10 piza siap dengan sos tomato dan keju.

pizza-4

“Kami harap anda sudah memadam aplikasi itu. Di sini ada 10 kupon piza dari kami. Lebih menarik, semuanya ada sos dan keju,” katanya dalam twitter balas yang dihantar juga dalam bentuk gambar foto menggunakan nota bertulis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.