MRT Kajang-Sungai Buloh jadi bahan ‘troll’ Azizah dan Anwar

MRT Kajang-Sungai Buloh jadi bahan ‘troll’ Azizah dan Anwar

Pelaksanaan projek MRT yang dikatakan hadiah Najib kepada rakyat di 'troll' oleh netizen sebagai laluan yang menghubungkan Wan Azizah dan Anwar.

mrt-new-sungai-buloh-2

Apabila membuka laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, semua orang bercakap mengenai projek pengangkutan terkini di ibu negara, MRT yang dijangka memudahkan perjalanan rakyat dari Sungai Buloh ke Kajang.

kjng
Manakan tidak, kalau memandu, ia melibatkan perjalanan hampir 50 km, apabila tersekat dalam kesesakan ia mengambil masa lebih 2 jam, ditambah pula dengan kepenatan perjalanan.
kjang
Kini rakyat umpama mendapat “hadiah” daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bak kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak.
kjng2
Namun, yang menjadi buah mulut netizen ialah kaitan antara 2 perhentian awal dan akhir iaitu Kajang dan Sungai Buloh yang dikaitkan dengan Adun Kajang, Datuk Seri Wan Azizah dan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara Sungai Buloh.
kjng1
Ikuti beberapa paparan “troll” laluan MRT Kajang-Sungai Buloh yang mengaitkan kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.