

Wanita England berusia 67 tahun itu langsung tidak menyedari perkara itu sehinggalah dia dimaklumkan doktor ketika melakukan pemeriksaan mata.
Pakar bedah mata, Rupal Morjaria di Hospital Solihull berkata ini merupakan insiden pertama yang dilaluinya.
Doktor dan wanita itu ternyata terkejut dengan penemuan yang dilakukan ketika pemeriksaan ujian pembedahan katarak.
“Kami mengeluarkan 17 kanta yang lekat sesama sendiri dan 10 lagi kanta secara asing. Saya tidak pernah melihat perkara sebegini.
“Peliknya pesakit langsung tidak menyedari perkara itu,” katanya.
Wanita itu pula berkata, dia tidak tahu ke mana kanta lekap yang digunakannya hilang selama ini.
“Saya ada rasa tidak selesa tetapi saya fikir ia kerana mata yang kering dan usia saya,” katanya yang kini terpaksa menangguh pembedahan katarak ekoran risiko tertentu yang boleh membahayakan penglihatan pesakit tersebut.
Menurut Rupal, perkara ini boleh berlaku disebabkan ketidaksedaran pesakitnya yang mungkin memakai kanta lekap buat tempoh masa yang agak lama.
Wanita itu memakai kanta lekap tersebut sejak 35 tahun lalu dan tidak berjumpa doktor mata mengikut temujanji.