Lelaki terkejut melihat cacing kepala tukul gergasi

Lelaki terkejut melihat cacing kepala tukul gergasi

Video dan gambar cacing kepala tukul gergasi itu ditonton lebih 17 juta kali dan dikongsi lebih 123,000 kali.

cacing_kepala
fmt-ohsem-inside-article1Jika anda kaki “jungle trekking”, maka anda pasti mempunyai pengalaman terserempak dengan pelbagai hidupan hutan termasuk serangga pelik yang tidak pernah dilihat.

Kalau dah bertahun mengunjungi hutan, tak payah cakaplah, anda mesti dah jadi “otai” pasal kehidupan ini.

Bagi seorang lelaki bernama Danish Ho, dia sedikit pun tidak menyangka menemui spesies pelik ini ketika sedang “jungle treking”.

“Ular ke ini?” tanyanya dalam satu status video dan gambar yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Video dan gambar cacing kepala tukul gergasi itu ditonton lebih 17 juta kali dan dikongsi lebih 123,000 kali sejak dimuat naik minggu lepas.

Cacing kepala tukul (Bipalium) adalah spesies cacing yang terbesar di dunia dan kelihatan sangat menggerunkan, seperti spesies pelik dalam filem sains fiksyen.

Danish dalam komennya berkata gambar itu diambil di sebuah hutan di Johor Bahru dan tidak pasti mengenai spesies ini kerana baru pertama kali melihatnya.

Untuk pengetahuan pembaca, cacing kepala tukul gergasi ini bersifat karnivor dan memerangkap mangsa menggunakan lendirnya.

Cacing ini akan bergerak di atas lendir ini dan menyesak jus badannya menggunakan farinks kepada mangsa.

Tetapi jika tidak ada sumber makanan, cacing ini memakan dirinya dengan mencerna tisu sendiri, termasuk organ pembiakannya.

Gerun tak? Tak cukup dengan itu, cara membiaknya juga menakutkan.

Menurut Australian Geographic, cacing ini bukan sahaja membiak dengan cara bertelur tetapi merobek dirinya dan wujud kepala baharu untuk setiap bahagiannya itu dalam masa hanya 10 hari.

Selain itu, cacing ini tidak mempunyai sistem respiratori, sistem pengaliran, tulang dan mulutnya boleh dibuka 2 kali lebih besar daripada lubang sistem pencernaanya.

Jadi, kalau jumpa cacing ini, jangan dibuat main-main atau gatal tangan ya…. Bahaya tu!

Facebook Video

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.