

Dia bukan kurus, ramping atau fit sebaliknya berbadan gempal dan besar.
“Apabila anda menunjukkan sesuatu pose yoga dalam internet, dalam keadaan fizikal anda gemuk, ia memberi keterujaan untuk semua. Mereka mahu tahu bagaimana anda melakukannya,”
Ia menjadi perenggan pertama buku Jessamyn Stanley, “Every Body Yoga: Let Go of Fear, Get on the Mat, Love Your Body”.
“Saya gemuk. Saya bukan seseorang yang anda mungkin fikir boleh membuat atau mengajar yoga. Malah duduk di meja resepsi di sebuah studio yoga,” tulisnya.
“Saya tahu bagaimana rasanya menjadi ‘orang luar’ dalam bidang ini.”
Jessamyn, 29 ternyata berbeza, dia menerima diri seadanya dan menunjukkan kemampuan di luar jangkaan.
“Badan kecil berkulit putih, persepsi yang lazim dikait dengan yoga,” kata Jessamyn kepada USA Today dalam satu temu bual.
“Dan kerana itu juga ramai orang seperti saya enggan berjalan masuk ke dalam studio yoga, apatah lagi mempelajarinya. Realitinya, selagi anda boleh bernafas, anda boleh amalkan yoga,” katanya.
Semua “pose” dan aksinya membantu orang ramai berfikiran positif terhadap badan mereka membelakangkan tradisi media sosial di mana wanita berbadan gempal sering menjadi bahan ejekan dan troll apabila bersenam.
Dengan lebih 313,000 pengikut Instagram dan 116,000 pengikut di Facebook, wanita dengan badan besar sasa ini mempamer falsafah untuk tampil di atas “mat” (alas) yoga dan serlahkan diri anda tanpa mengira bagaimana sekalipun anda kelihatan.
Bagi Jessamyn, apabila seseorang bertanya jika mereka juga boleh menyertai yoga, ia bukan hanya mengenai mereka.
“Saya tahu, mereka mahu tahu bagaimana wanita gemuk berkulit hitam ini menjadi begitu yakin dalam menayangkan gambarnya membuat pose yoga di internet?”
“Jadi saya kena terangkan kepada mereka bagaimana saya mula melatih amalan ini. Saya kena beritahu tentang keluarga saya, ketagihan saya terhadap amalan ini, masalah berat badan saya dan bagaimana untuk menjelaskan semua ini tanpa sebuah buku?” katanya yang akhirnya mengambil keputusan untuk bukan sahaja mengajar dan mempamer “pose” yoga di laman sosial tetapi menceritakan sebuah kisah di sebalik amalan ini dalam sebuah buku.

Sedikit sedutan temuramah bersama Jessamyn mengenai perjalanan yoganya.
Kenapa yoga, bukan tarian atau bola sepak atau perkara lain?
Saya suka perjalanan ini kerana dapat melihat diri saya sendiri secara lebih ghairah dan sebab itu saya sangat obses dengannya.
Dalam buku itu ada banyak menulis mengenai “body shame”, keraguan diri, penghinaan diri dan kebencian teradap diri sendiri. Bagaimana anda melaluinya?
Adakah ia bermakna perkara berkenaan “body shaming” tak pernah pulih sepenuhnya?
Apa nasihat anda terhadap seseorang yang berdepan masalah?
Bagaimana anda mengendalikan pembenci?
Jika anda mempunyai masa untuk mengutuk atau menulis komen membenci, memperli saya di media sosial, maknanya anda tidak pandai mengurus masa untuk perkara baik.
Jadi tanggapan saya mengenai pembenci ialah, mereka akan tetap membenci tak kira apapun. Jika anda tidak mempunyai pembenci, anda mungkin tak cukup “asli” atau hidup sebagai diri sendiri.
Tiada maknanya memuaskan hati semua orang kerana anda memang tak boleh!