
Bintang tenis, Serena Williams tidak menyangka dia hamil, hasil perkahwinannya dengan pengasas Reddit, Alexis Ohanian.Serena terkejut dengan berita itu kerana dia tidak pernah mengesyaki apa-apa sehinggalah berasa sakit semasa berlatih.
Menuruti nasihat rakannya, Serena mengambil ujian kehamilan semasa menjalani penggambaran untuk syarikat pakaian dalam di sebuah hotel di Australia.
“Jantung saya gugur,” petik katanya selepas melihat keputusan ujian itu sebelum perlawanan Terbuka Australia yang dijadual pada Januari depan.
“Oh Tuhan, ini tidak mungkin. Saya perlu bermain di acara kejohanan. Bagaimana saya akan bermain di Terbuka Australia? Saya merancang memenangi Winbledon tahun ini,” bisik hatinya ketika itu.

Pengakuan itu dibuat Serena ketika penggambaran kehamilan dalam keadaan berbogel untuk majalah Vanity Fair.
Kisah cinta Serena dan Alexis bermula pada 2015 apabila Alexis melamarnya pada Disember lalu di Hotel Cavalieri di Itali ketika mereka baru sahaja berkenalan.
“Saya merasakan seperti pintu hati saya dibuka untuk seseorang membuatkan saya menjadi yang terbaik,” kata Alexis dalam temuramah mengenang pertemuan pertamanya.