Memang laku.. kerana aiskrim atau gadisnya?

Memang laku.. kerana aiskrim atau gadisnya?

Noor Syamimi merupakan pelajar biologi UPM yang membantu bapanya menjual ais krim di Langkawi sewaktu cuti semester.

noor-syamimi-azhari
Satu rakaman video dan beberapa foto seorang gadis menjual aiskrim tersebar di laman sosial. Gambar itu menunjukkan gadis cantik itu dikerumuni kanak-kanak yang sibuk memilih aiskrim.

Noor Syamimi Azhari, 22, merupakan pelajar biologi Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu bapanya menjual aiskrim di Langkawi sewaktu cuti semester.

Video dan gambar foto dalam laman sosial yang dimuat naik dengan status, “Si cantik penjual aiskrim” menerima pelbagai respon positif sehingga dikongsi beribu kali.

Noor Syamimi dalam satu laporan berkata, dia dibesarkan hingga berjaya ke universiti dengan pendapatan bapanya menjual aiskrim di Langkawi.

Justeru, Syamimi yang belajar di tahun akhir di universiti membalas jasa baik bapanya dengan membantunya pada musim cuti.

Dia membantu bapanya sejak tamat sekolah menengah dan setiap kali cuti semester universiti.

https://www.facebook.com/thesiakapkeli/videos/1723727757650238/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.