Ze Rebelle tak kisah dikecam, cuma kesal dengan pembuli siber

Ze Rebelle tak kisah dikecam, cuma kesal dengan pembuli siber

Wanita muda ini menggunakan perkataan yang lucah dalam lirik lagunya selain aksinya yang dikatakan agak keterlaluan dan menggoda.

ze-rebelle-1
fmt-ohsem-inside-article1Macam dah kena bersedia terima kecaman beberapa pihak apabila memilih untuk menemuramah wanita bernama Ze Rebelle ini.

Ze, salah satu nama yang “panas” dan dikecam teruk selepas lagu bertajuk Slumber Tetek tular di laman sosial.

Bukan hanya kerana pengunaan perkataan, malah aksinya juga dikatakan agak keterlaluan dan menggoda selain pakaiannya yang seksi.

Lagu Slumber Tetek dikatakan ditonton lebih 50,000 kali dalam tempoh 24 jam selepasdimuat naik, pada 16 Mei lalu.

Ramai yang suka tetapi lebih ramai yang kecam. Manakan tidak, dia yang berdarah Melayu tidak boleh lari dari stigma sosial masyarakat Malaysia.

Jadi, siapa Ze Rebelle ni? Kenapa dia buat lagu itu, dan adakah itu satu-satunya lagu atau banyak lagi ada dalam genre yang sama.

FMT Ohsem pun nak tahu siapa gadis muda ini. Rupanya tak susah bagi kami menguruskan sesi temuramah dengannya.

Malah ia berjalan lebih lancar dan mudah daripada yang disangka.

Nama sebenar Ze ialah Sarah Zainal dan dia berasal dari Subang Jaya.

Ze yang berpakaian baju dan seluar pendek berwarna ungu, menjunjung sebuah beg tote tiba di Damansara Intan, lokasi temuramah lebih awal daripada yang ditetapkan.

Dia bersolek tebal di mata dengan sedikit lukisan di tepinya dan bergincu.

Rambutnya berwarna 2 tona, merah jambu dan perang, pendek kata, dia kelihatan berbeza.

Pilih jadi berbeza

“Mungkin cara saya ekspresi. Saya tidak kisah apa orang fikir. This is me!” kata gadis berusia 24 tahun seolah-olah tahu apa yang orang fikirkan mengenai penampilannya.

Dia kelihatan muda dalam bidang ini tetapi sebenarnya tidak. “Saya dah 15 tahun dalam bidang ini. Sejak belajar di sekolah menengah lagi,” katanya.

Betul tu, dia pernah juga berlakon dalam satu iklan komersial dan tampil dengan lagu solo sejak beberapa tahun lalu.

“Masa buat gig pertama, saya ditawarkan peluang itu oleh kumpulan Too Phat, iaitu sekitar 1999. So saya buat beberapa gig semasa belajar lagi. Saya jadi artis solo,” katanya.

Pengajian dalam bidang kejuruteraan audio selepas tamat SPM juga katanya membantu untuk terus mendalami bidang nyanyian.

“Saya keluarkan album pertama, ‘Shameless’.

“Saya ke Australia dan Eropah, di sana saya jumpa lebih ramai orang dan didedahkan dengan muzik ‘tour’. Saya belajar banyak perkara mengenai muzik, dance muzik dan ‘touring’,” katanya yang juga mahir berbahasa Jepun.

Genre elektro-pop tak ramai audiens

Sejak melancarkan album pertamanya, “Shameless” Ze mula mengadaptasi diri dengan kritikan dan kecaman.

Namun, namanya mula dikenali bukan saja di dalam negara tetapi di luar negara.

Selain lagu Slumber Tetek, dia juga tampil dengan pelbagai video muzik lain, rata-rata membawa lirik dan penyampaian yang sama, kandungan yang kurang sesuai dengan budaya tempatan.

Pun begitu, dia tidaklah sepopular artis se-era dengannya. Mengambil kira perjalanannya dalam industri muzik selama 15 tahun, pengaruhnya agak kecil ataupun terhad dibandingkan dengan artis yang menyertai arena muzik pada sama waktu dengannya.

“Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana muzik video saya tak sesuai dengan semua orang. Muzik saya mahupun diri saya bukanlah untuk peminat mainstream,” katanya.

Habis tu, muzik dengan lirik dan persembahan itu dibikin untuk siapa?

Menurut Ze, elektro-pop adalah muzik genre yang masih segar di Malaysia, malah dikatakan tidak mempunyai pasaran yang luas di sini.

Ze pula memilih untuk kekal dalam genre tersebut kerana dia menyukainya selain ada respon baik di luar negara.

“Saya suka bereksperimen dan mengkaji genre ini, kerana ia refeleksi muzik kesukaan saya,” katanya.

Dia juga nafi sengaja tampil dengan video berunsur negatif dan menerima kecaman.

“Saya bukan hasilkan sesebuah lagu dan video untuk menjengkelkan sesiapa. Saya takpernah mencari keterujaan dengan cara itu. Tidak…

“Saya juga tak kisah dan tidak memberi perhatian kepada kecaman. Saya tak pay attention pun. Tetapi bila difikir balik, lebih baik ada rasa benci daripada tak rasa apa-apa kan?” katanya yang terbuka dengan serangan kecaman itu.

Lirik lagu galak perbincangan?

Bagi Ze, lirik lagu yang ditulisnya dipilih secara spontan seperti mana dia berinteraksi dengan rakan-rakanya.

“Sebenarnya menerusi lagu ini, saya umpama menggalak perbincangan. Misalnya berkaitan kondom. Kenapa semua orang malu bercakap mengenainya? Bila saya buat lagu, ada yang terbuka bercakap, cuma saya harap perbualan itu ke arah kebaikan,” katanya.

Namun dia akui lagu yang dibawa oleh Ze tidak membawa sebarang pesanan baik, cuma membawa topik tersebut ke perhatian umum.

“Saya bukan cikgu untuk mendidik dengan mesej baik,” katanya.

Lagu-lagu yang dibawa oleh Ze bergenre elektro-pop dan katanya ia sememangnya berusur “bebas” dari segi lirik.

“Kalau saya buat lagu elektro-pop dengan lirik balada, ia takkan menjadi. Tiada orang nak tengok punya, ia sepatutnya fun macam itu,” jelasnya.

Jadi mangsa buli siber

Jadi apakah Ze tak pernah terasa hati?

“Okay, saya alukan komen tetapi sesetengah komen seperti, ‘kill yourself honey, you are not belong here’ atau ‘sila meninggal’ membawa kesan kepada saya.

Saya rasa ia sejenis buli siber dan saya tidak boleh menerimanya.

Saya tak pasti orang macam mana yang boleh cakap macam tu, lebih-lebih lagi secara terbuka di media sosial,” katanya.

Di akhir temuramah, dia juga ada memberi mesej penting kepada para haternya.

“Ze buat lagi untuk mereka yang suka…yang tak suka… tutup saja, simple.”

https://www.youtube.com/watch?v=jo8a2fawUcw&feature=youtu.be

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.