

Benar tetapi ia bukan hanya terhad ketika amalan itu dipraktis.
Satu kajian mengesahkan amalan seperti meditasi, senaman dan pernafasan dalam yoga boleh mengubah masalah gen berkaitan tekanan yang mengundang pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Ini bermakna anda mungkin bebas atau dapat merendahkan tahap tekanan selama-lamanya.
Kajian tersebut melibatkan 846 responden, menilai kesan biologi terhadap amalan yoga (senaman, meditasi, pernafasan), Qi gong dan Tai Chi mendedahkan satu penemuan yang mengejutkan.
Menurutnya, amalan tersebut menahan dan menekan ekspresi gen yang menyebabkan keradangan.
Keradangan merangsang sistem imunisasi tetapi untuk sementara waktu dan melindungi daripada jangkitan serta kecederaan, kata penyelidik.
Namun sebagai ugutan psikologikal yang paling asas dalam kehidupan masa kini, tekanan juga menyebabkan keradangan menjadi kronik sehingga menggangu kedua-dua kesihatan fizikal serta mental.
Ketua penyelidik, Ivana Buric, seorang pelajar kedoktoran Universiti Coventry di England dan pasukannya membongkar, aktiviti seperti yoga secara kerap dan berterusan, mengurangkan kekerapan keradangan termasuk pengurangan protein keradangan itu sendiri.
Ini menunjukkan “aliran balik signatur molekul yang memberi kesan kepada tekanan kronik” sekali gus mengurangkan risiko penyakit dan kondisi kesihatan berkaitan keradangan.
Kita semua tahu, alam sekitar dan gaya hidup memberi kesan kepada gen.
Insiden yang memberi tekanan misalnya, boleh mengaktifkan respon “fight-or-flight” dan mengakibatkan reaksi berkaitan stres dalam badan termasuk mengaktifkan gen yang terlibat dalam penghasilan protein keradangan.
Ivana berkata, pasukannya terkejut melihat betapa amalan badan dan minda memberi kesan yang sama kepada tahap gen.
“Meditasi dan senaman adalah 2 perkara berbeza tetapi apabila diamalkan selalu, ia memberi kesan sama terhadap tahap keradangan,” katanya.
Jadi jelas, amalan yoga, Qi gong dan Tai Chi bukan saja mengubah sistem badan tetapi mampu mengubah rangkaian gen yang menawarkan kesihatan yang lebih baik.
Apa tunggu lagi, cepat ambil mat yoga anda dan bersenam, meditasi dan praktis pernafasan anda!