Lelaki tenang potong rumput ketika pusaran puting beliung

Lelaki tenang potong rumput ketika pusaran puting beliung

Isterinya, Cecilia yang merakam gambar tersebut berkata ketika itu puting beliung tersebut hanya berada kira-kira 2km dari rumah mereka.

tornado-lawn-grass
fmt-ohsem-inside-article1Seorang lelaki enggan berganjak dari laman rumahnya walaupun diberi amaran berlaku puting beliung tidak jauh dari rumahnya.

Theunis Wessels dari Alberta, Kanada terus memotong rumput menggunakan mesin dengan tenang dan terkawal tanpa menghiraukan pusaran puting beliung di belakangnya.

Isterinya, Cecilia yang merakam gambar tersebut berkata ketika itu puting beliung tersebut hanya berada kira-kira 2km dari rumah mereka.

“Dia sedar kehadirannya tetapi tidak kisah langsung. Menariknya, puting beliung itu hilang sejurus selepas itu,” katanya.

Cecilia dalam temuramah dengan BBC berkata dia sedang tidur di dalam rumah dan dikejutkan oleh anak perempuannya.

“Anak perempuan saya risau dengan tindakan bapanya yang enggan meninggalkan mesin pemotong rumputnya. Jadi dia kejutkan saya supaya memujuk bapanya masuk ke dalam rumah,” kata wanita itu.

Namun selepas melihat suaminya tenang, Cecilia percaya semuanya akan menjadi baik.

“Saya tahu dia ada ilmu pengetahuan mengenai puting beliung lebih-lebih lagi baru sahaja menyertai satu seminar mengenainya,” jelasnya.

Cecilia yang memuat naik gambar tersebut di Facebook tidak menyangka gambar tersebut tular sehingga dikongsi lebih 4,000 kali dan dihubungi agensi berita dunia.

Ekoran fenomena itu, tiada kemalangan jiwa dilapor kecuali kerosakan infrastruktur kecil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.