Anjing dilucut jawatan kerana terlalu manja

Anjing dilucut jawatan kerana terlalu manja

Gavel dalam tempoh percubaan bersama Perkhidmatan Polis Queensland, Australia gagal dalam pemilihan kerana bersikap terlalu mesra dan suka bermanja dengan pegawainya.

gaveldog1
fmt-ohsem-inside-article1Sifat anjing polis adalah tajam deria, bijak, mengikut arahan, tegas dan berdisiplin tinggi. Bila jumpa pesalah atau suspek, mereka harus pandai menerkam dan mengawal keadaan dengan membantu polis daripada bahaya.

Namun berbeza bagi seekor anjing bernama Gavel yang bersikap manja sehingga pihak berkuasa terpaksa melucutkannya daripada perkhidmatan dengan jabatan polis.

Gavel yang baru berusia setahun itu masih dalam tempoh percubaan bersama Perkhidmatan Polis Queensland, Australia bagaimanapun gagal dalam pemilihan seterusnya kerana bersikap terlalu mesra dan suka bermanja dengan pegawainya.

Aduh, memang susahlah macam ni, asal kena usap sikit di perut, Gavel sudah bergolek-golek menunjukkan sifat comelnya.

gaveldog122
Tak mengapa, melihat kemesraan Gavel, anjing ini diberi peluang ke-2 dengan ditawarkan pekerjaan baharu di Rumah Kerajaan Brisbane sebagai penyambut tetamu.

Gavel dari keluarga anjing German Shepherd menjadi anjing rasmi Gabenor Paul de Jersey dan menjadi sensasi di media sosial.

Jurucakap Rumah Kerajaan Queensland berkata, Gavel diterima pada April tahun lalu ketika berusia 6 minggu.

gaveldog12233
“Ia adalah perkara biasa bagi anjing melalui sesi latihan dan program sosialisasi sebelum dipilih menjadi sebahagian daripada skuad perkhidmatan polis.

“Tetapi berbeza dengan kebanyakan Anjing QPS, Gavel tidak menunjukkan sifat yang diperlukan pasukan anjing kawalan keselamatan.

“Bukan semua anjing bersikap begini, Gavel lebih mesra dan suka bersosial,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.