
“Saya selalu diganggu oleh cucu agar bermain dengan mereka, tetapi saya kena belajar untuk peperiksaan sekolah tinggi,” kata seorang warga emas yang sedang dalam percubaan kali ke-2 untuk lulus peperiksaan kebangsaan itu.
Selepas gagal dalam peperiksaan tahun lepas, Abdel-Qader yang juga bekas jurujual berkata kali ini dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam peperiksaan itu.
“Untuk itu, saya mengulang kaji pelajaran 5 jam setiap hari. Saya suka belajar dan tiada had bagi seseorang menimba ilmu. Ia tidak terhenti pada umur tertentu.
Ternyata ia tidak mematahkan semangat warga emas ini yang menduduki peperiksaan itu di dalam bilik yang dikhaskan untuknya di sebuah sekolah tempatan.
“Saya mahu menjadi contoh kepada generasi muda, jangan berhenti belajar,” katanya, petik Reuters.
Bagaimanapun Abdel-Qader berdepan masalah kesihatan iaitu diserang angin ahmar sehingga memaksanya menggunakan khidmat pembantu untuk menjawab kertas soalan.
Statistik Biro Pusat Palestin menunjukkan masalah buta huruf di kalangan rakyat negara itu berumur antara 15 tahun ke atas hanya 3.3%.
Ia adalah kadar paling rendah di benua Arab.
Bagi Abdel-Qader, beliau akui bertuah kerana niat dan usahanya itu disokong ahli keluarga khususnya isteri beliau.
Anak beliau, Zakaria, 18 akui berbangga disokong keluarga termasuk ibunya dalam memastikan beliau mengulang kaji pelajaran tanpa diganggu sesiapa, terutama sekali cucu mereka.
“Bapa berhenti belajar ketika pergolakan Arab-Israel pada tahun 1948. Tetapi beliau sentiasa berhasrat untuk melanjutkan pelajaran. Beliau menyampaikan hasrat tersebut sejak bersara,” ujar Zakaria.
Keputusan peperiksaan akan diumum pada pertengahan Julai dan keluarga Abdel-Qader bersiap-sedia untuk menyambut hari tersebut jika beliau lulus.
“Bagaimanapun tiada perancangan untuk beliau melanjutkan pelajaran ke universiti jika lulus. Buat masa ini, bapa hanya mahu kelayakan pendidikannya setaraf kami (anak) dan cucunya,” jelas Zakaria.