Bagaimana kekal sihat dan cantik sepanjang Ramadan?

Bagaimana kekal sihat dan cantik sepanjang Ramadan?

Kulit kering kerana tidak cukup air, kusam kerana rutin makanan terganggu bukan lagi alasan tidak menjaga kesihatan kulit pada bulan Ramadan.

Merk-Pelembab-untuk-Kulit-K
fmt-ohsem-inside-article1Berpuasa, hari yang panas terik, tak boleh minum air sepanjang siang hari dan paten tidur tidak sekata, semua ini boleh memberi kesan kepada kulit.

Jadi, bagaimana anda ingin kekal cantik dengan kulit yang sihat pada bulan Ramadan?

FMT Ohsem mengumpul beberapa tips dan panduan penjagaan kulit daripada beberapa portal kecantikan bagi mengelakkan kulit terus kering dan tampak tidak sihat serta kusam pada bulan Ramadan dan Syawal nanti.

Bagaimana untuk menjaga kulit?

Jaga kulit anda menggunakan losyen atau krim pelembap dan jangan lupa lindungi wajah anda daripada sinaran terus matahari.

Pemakanan yang sihat, mengamalkan diet tinggi serat serta tinggi kandungan air juga penting.

Untuk kulit muka, gunakan pelindung matahari SPF 50, 15 minit sebelum keluar rumah. Guna topi, payung atau jalan di tempat teduh.

Bagaimana dengan rutin pembersihan kulit sepanjang Ramadan?

Di Malaysia, kulit kita terdedah kepada sinaran matahari, pencemaran udara, habuk dan perubahan suhu misalnya panas di luar dan sejuk penghawa dingin di dalam rumah atau pejabat. Jadi penting membersihkan muka menggunakan pembersih yang sederhana secara rutin. Pembersih yang sederhana bermaksud ia bebas dari bau yang kuat, bebas pewarna tiruan dan menggunakan jenama yang dipercayai. Jangan kerap sangat mencuci muka kerana ia boleh mengeringkan kulit.

Tidak ketinggalan kawasan sekitar kelopak mata. Gunakan uncang teh sejuk 2 kali seminggu untuk mata yang bersinar dan sihat. Penggunaan serum vitamin C pada waktu malam juga disarankan.

Produk kosmetik yang mana perlu dielak pada bulan Ramadan?

Produk kosmetik yang tinggi kandungan minyak harus dielak kerana ia boleh menyebabkan jeragat dan jerawat. Sebaiknya gunakan kosmetik seperti bedak yang kandungannya berasaskan air.

Jangan guna penanggal solekan yang ada kandungan alkohol atau kimia tinggi. Sebagai alternatif, gunakan minyak zaitun atau minyak bayi.

Bagaimana kekal hidrasi sepanjang bulan Ramadan?

Minum banyak air dan jus buah semasa sahur dan selepas berbuka. Ingat, air adalah makanan untuk kulit dan sepanjang berpuasa, kulit anda sudah pun dahagakan air. Minum lebih sikit tak mengapa kerana ia membantu bukan sahaja untuk kulit tetapi tubuh anda. Apapun, elakkan sama sekali minuman bergas, berkafein yang boleh menyebabkan tubuh anda nyah-hidrat.

Adakah makanan atau diet tertentu menyebabkan jerawat atau jeragat pada bulan Ramadan?

Tidak kira sama ada Ramadan atau bulan lain, sentiasa kawal dan amal pemakanan seimbang.

Sebolehnya elakkan makanan berminyak, makanan segera, makanan diproses dan bergula kerana ia tidak baik untuk kulit. Ia boleh menyebabkan jeragat, jerawat dan masalah kulit yang lain. Rosaklah muka anda pada Hari Raya nanti. Pakai cantik-cantik tetapi muka…

Jadi apa yang patut di makan? Makan buah-buahan dan sayur segar, sup, ikan dan makanan yang menyihatkan. Apa kata jadikan bulan Ramadan sebagai peluang yang baik untuk “detox” tubuh anda.

Adakah bersenam pada bulan Ramadan memberi kesan kepada kulit?

Tiada siapa yang menghalang anda bersenam pada bulan puasa. Tetapi berpada-padalah, jangan terlebih sehingga memberi kesan tidak baik pada kesihatan pula.

Senaman amat baik tidak kira kita berpuasa atau tidak. Peluh yang keluar amat baik untuk kulit, umpama menyah-toksin tubuh. Bila toksin keluar, maka ia memberi kesan kepada kulit supaya lebih berseri.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.