

Ya, kerancakan sambutan musim perayaan tahun ini bermula dengan peragaan koleksi pakaian di Jakel Mall Kuala Lumpur menampilkan barisan selebriti sebagai duta raya bagi mempromosikan koleksi pakaian raya.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, bersempena dengan ulang tahun ke-10 Jakel di Kuala Lumpur, pihaknya mengeluarkan lebih banyak pilihan fabrik dan pelbagai variasi pakaian raya.
Tambahnya, selaku pengimport fabrik utama, Jakel membolehkan pelanggan membeli fabrik dan pakaian pada kadar harga yang cukup murah dan berpatutan.
Bercakap mengenai fabrik, Mohamed Faroz akui Jakel memfokuskan kepada corak dan warna yang segar dan moden di samping menjadikan jenama Jakel sebagai trendsetter, dengan ciri-ciri eksklusifnya.
Dari segi rekaan pula, desingner in-house Jakel disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini.
“Kami juga mempertimbangkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar sekarang dan menawar koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif,” kata Mohamed Faroz.
Jadi, dengan fabrik berkualiti tinggi, pemilihan warna yang bersesuaian, perincian rekaan yang kemas dan rapi, Jakel menambah nilai jualan dengan personaliti selebriti tempatan yang menjadi duta koleksi Hari Raya 2017.
Nak tahu lebih lanjut siapa dan jenis pakaian yang akan diperagakan, jom!
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Baju Melayu Aaron Aziz masih dalam senarai tetapi kali ini menggunakan rekaan yang diperbaharui mengetengah kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak dari pelbagai jenis fabrik. Antara warna yang bakal menjadi pilihan adalah warna pastel atau lembut selain warna kegemaran hijau zamrul, merah cili dan biru diraja.
Baju Melayu pelawak terkenal, Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari dengan kekemasan pada leher dan poket juga menjadi antara koleksi mampu milik.
Selain itu terdapat juga Baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen untuk pilihan pengguna yang mahu kelihatan sesegak artis lelaki kegemaran mereka.
Bukan itu sahaja, Jakel juga ada baju Melayu “plus size” dan pertama kalinya, Jakel memasarkan produk tersebut dengan kolaborasi bersama selebriti “Paling Lucu Di Dunia”, Harith Iskander.
Hampir semua koleksi baju Melayu yang ditawarkan Jakel dijual pada harga sekitar RM89, kain samping percuma beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian.
Selain baju Melayu, koleksi kurta di bawah label Hairul Azreen dan Awal Ashaari serta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad juga diperkenalkan bagi memenuhi citarasa pelanggan dan trend semasa.
Koleksi kurta menggunakan fabrik kapas bercorak dengan kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket.
Ia juga mesra wuduk di mana boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan dengan setiap koleksi mempunyai variasi pelbagai rekaan dan puluhan warna.
Baik, sekarang giliran wanita pula!
Koleksi baju kurung Jakel dikeluarkan di bawah label Ayda Jebat berkonsepkan kurung moden dengan permainan warna yang lebih lembut tetapi masih diberi penegasan pada rekaan dan penelitian.
Ia bersifat “simpel but nice” kerana ciri kesederhanaan pengayaan pada masa sama glamorous.
Bagi pakaian kanak-kanak, Jakel kekalkan label Upin Ipin selain label Yusof Iskandar dan Lara Alana yang memiliki rekaan tersendiri.
Bila nak ada koleksi lelaki, wanita dan kanak-kanak, Jakel pun tampil perkenalkan koleksi keluarga yang diperkenalkan dengan rekaan dan warna sedondon.
Bagi itu, pihaknya berkolaborasi dengan keluarga kecil Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusof Iskandar selain keluarga Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan Lara Alana.