Lelaki Malaysia terkenal dengan lagu kebangsaan 112 negara

Lelaki Malaysia terkenal dengan lagu kebangsaan 112 negara

Thean See Xien yang tidak pernah mendapat latihan vokal, belajar menghafal lagu kebangsaan pelbagai negara sejak 2002 sebagai hobinya kerana terlalu bosan.

Thean-See-Xien-1
fmt-ohsem-inside-article1Lelaki berusia 31 tahun ini dari Malaysia ini menjadi sensasi antarabangsa dalam sekelip mata disebabkan kebolehannya menyanyi lagu kebangsaan lebih 110 negara.

Graduan undang-undang, Thean See Xien, yang hanya fasih berbahasa Inggeris dan Melayu, mula menghafal lagu kebangsaan pelbagai negara pada 2002 sebagai hobinya kerana terlalu bosan.

Kini, beliau mampu menyanyi lagu kebangsaan kebanyakan negara di benua Eropah, Asia, Amerika Selatan dan Utara.

“Ia sama seperti menghafal mana-mana lagu. Semua orang boleh menyanyi lagu kegemaran mereka, termasuk lagu bahasa asing.

“Sama seperti lagu K-pop, walaupun bahasanya berlainan, kita nampak ramai di kalangan kita yang boleh menyanyinya dengan baik. Apa yang saya lakukan juga serupa,” kata Thean yang dipetik South China Morning Post.

Menariknya mengenai Thean, beliau boleh menyanyi lagu kebangsaan pelbagai negara dengan sebutan tepat dan dalam rentak betul, meskipun tanpa diiringi muzik.

“Saya suka menyanyi. Dahulu di gereja, saya menyertai kumpulan koir dan bermain piano, tetapi tidak meneruskannya kerana tak cukup bakat. Saya tidak pernah masuk kelas latihan vokal, saya hanya penyanyi dalam tandas,” katanya yang mempunyai tahap IQ 176 mata.

“Ramai mengakui lagu saya nyanyikan seperti orang tempatan. Bagi saya, lagu Denmark dan Arab agak mencabar, manakala Perancis, Sepanyol dan Jerman agak mudah kerana sebutannya mudah.”

Selain menyanyi lagu kebangsaan negara lain, beliau turut mempelajari sejarah di sebalik lagu kebangsaan sesebuah negara itu, contohnya lagu kebangsaan India dan Bangladesh hasil karya penyair sama, Tagore.

“Ada lagu kebangsaan yang unik, seperti lagu Afrika Selatan yang dinyanyikan dalam 5 bahasa (Xhosa, Zulu, Sesotho, Afrika dan Inggeris),” jelasnya.

Thean tidak menafikan kebolehan menyanyi lagu kebangsaan adalah salah satu cara yang memudahkannya berkawan atau mengenali warga asing.

“Saya belajar di United Kingdom dan ia adalah tips bergaul di parti yang paling popular. Sekarang pun ada rakan saya dari luar negara yang suka menunjuk-nunjuk apabila boleh menyanyi lagu kebangsaan negara kita,” katanya sambil menambah beliau menjadi terkenal di kelab malam tempatan kerana kebolehan itu.

Thean berhasrat menghafal lebih banyak lagu kebangsaan negara lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.